BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 22, 2009

Filem

Salam,

Malam tadi aku layan wayang,

Well as usual, aku memang kaki wayang. Dan aku tak pernah nak memilih cerita. Sebab pada aku menonton wayang bukan sekadar berhibur, tapi pada aku more pada pendidikan.

Sesetangah orang menonton wayang bedasarkan kepada cerita, pelakon, dan apa cerita itu. Tapi aku tak pernah nak amek kisah tentang hal tu. Aku lebih pentingkan apa yang aku dapat bila aku tengok cerita tu.

Sebagai contoh, budak opis aku tengok wayang bedasarkan cerita ape?bedasarkan kepada komek, dan sebagainya. Sowang lagi mmber aku pon memang kaki wayang dan dia tengok wayang bedasarkan kepada pelakon. Tapi apa yang aku nak highlight kat sini, mereka semua anti ‘filem melayu’. Aku tak paham kenapa? Sedangkan mereka gak org melayu, cerita yang dibuat pon lebih dekat dengan diri mereka sendiri. Entah aper, atau mungkin mereka sendiri ego, tak nak mengakui bahawa mereka adalah seperti itu sebenarnya. Suka pada cakera cinta dan juga komedi. Entah sukar nak baca fikiran org melayu dan sukar nak kenal pasti apa sebenarnya yang mereka nak.

Macam yang aku cakapkan sebelum nie, aku menonton wayang untuk belajar sesuatu dari filen itu. Contoh, filem ‘angle & demon’ walau pon pada dasarnya filem tu memaparkan konflik antara gereja katolik dan juga saintis (sains), ada perkara yang menarik disini, betapa Islam itu hebat dan betapa Allah itu Agung sebenarnya. Penganut kristian katolik menyanggah para saintis yang cuba untuk melawan atau mempersoalkan tentang tuhan, tentang kejadian alam. Dalam cerita nie, saintis cuba membuat ujikaji mengenai kejadian alam dengan menggabungkan neutron seperti nucleus pusat bumi, tapi ditentang oleh gereja katolik yang berpusat di Vatican City. Kenapa? Apa tujuannya? Tapi apa yang mungkin org lain terlepas pandang adalah provokasi yang mereka mainkan. Secara terangnya mereka tak percaya akan wujudnya tuhan di dunia ini. dalam filem ni mereka memberi fahaman bahawa tuhan itu tak wujud dan kita sebagai manusia perlu berpegang pada fakta dan sains bukan kepada kitab lama. Pergh…kalo tak percaya tengok sendiri la…aku tengok cerita tu dekat sepuluh kali aku mengucap.

Dalam filem malam tadi ‘Syurga Cinta’ banyak benda yang aku belajar, dan ada 4 perkara yang melekat dalam otak aku. Dan aku harap dia melekat samapai bila2 dan aku dapat amalkan.

1. Kita hanya mencari Tuhan bila kita dalam kesusahan, kesempitan dan juga keresahan Dan kita akan lupa tuhan bila kita senang. Kita hanya berdoa ada tuhan bila kita dalam kesusahan. Sebenarnya kita perlu banyak berdoa bila kita dalam kesenangan.

2. kita selalu marah pada tuhan bila dia menghilangkan matahari dan diganti dengan awan yang gelap, hujan yang lebat serta petir yang kuat. Tapi kita tak sedar sebenarnya selepas itu tuhan nak bagi kita pelangi yang cantik.

3. Jodoh terbahagi pada 3:

a. jodoh dari syaitan: kita berkenalan dengan seorang perempuan, kita bersentuhan dengan mereka, kita melakukan maksiat dengannya,kita berzina denganya dan kemudian kita bernikah dengannya.

b. Jodoh dari Jin : kita meminati seorang perempuan dan perempuan itu tidak menyukai kita. Dan kita bomohkan dia supaya dia suka pada kita, lalu kita bernikah dengannya

c. Jodoh dari Allah : Kita memandang pada seorang perempuan, hati berdebar, dari mata ianya turun kehati, kita mengenalinya dengan lebih rapat. Daripandangan mata yang membuatkan hati manjadi tak keruan. Kita meminangnya dan kemuadian kita bernikah denganya. Itulah yang dinamakan dengan ‘Syurga Cinta’

d. hidup manusia penuh dengan kelalaian, kita lupa, kita leka pada nikmat dunia, dan setiap kali kita melakuakn kesilapan dihujungnya pasti akan ader penyesalan. persoalannya adakah penyesalan itu berbaloi, atau penyesalan yang mungkin akan merubah diri kita atau penyesalan itu sudah terlambat dan kita tak mampu untuk melakuakn sesuatu sehingga kita kehilangan sesuatu atau hilang org yang kita sayang.


Bukan nak cakap la….pada sesiapa yang selalu menyelar filem melayu, go and see this movie u will get something from this movie. There are many things that u can learn from it. Trust me….

All u need to do just watch this movie and open your mind…..

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Guru Pembina Bangsa.

Salam,
Buat kengkawan aku yang jadi cekgu,
selamat hari guru...
all da best wat kowang.
nak mengaja anak melayu nie kene ikhlas.
jangan buat hanya untuk sesukaer jer atau buat hanya kerana tak ader kerja lain.
semoga dgn keikhlasan korang ilmu tu senang nak masuk kat kepala hotak anak murid kowang.
dan moga2 ilmu tu melekat dan mereka dapat amalkan.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
jika hari ini seorang President sebuah negara,
jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
jika hari ini seorang peguam bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru Biasa

usman Awang 1979