BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

BAHASA BUDAYA BANGSA

BAHASA….

Manusia itu dikenali dari segi budayanya…

Bahasa adalah sebahagian dari budaya…

Sebab itulah

Kita kata ‘Bahasa Budaya Bangsa’

Kenapa?

Kita org2 timur memang terkenal dengan budi bahasa

Marah kita berlapik

Benci kita beralas

Rajuk kita berkias

Kenapa org melayu begini?

Sebab kita adalah bangsa yang suker menjaga hati dan

Dan perasaan org lain

Biar kita makan hati

Biar kita terasa hati

Tapi bukan ‘ORANG YANG KITA SAYANG’

Sebab bila kita sayang sesaorang

Kita akan guna bahasa yang indah

Bahasa yang gemalai

Bahasa gemersik

Bahasa yang membuai

Ini kerana ‘ORG MELAYU’

Cukup memuja,

Cukup meyanjung

Cukup menatang

‘ORANG-ORANG YANG MEREKA SAYANG’

Adik-adik yang aku sayang

Berwaspada bila berbahasa

Terutama dengan mereka yang adik2 sayang

Ibu, ayah, abang, adik, kakak, cekgu malah kawan-kawan

Kita tak tahu apa yang ada dalam hari mereka.

Wassalam…!

Thursday, August 20, 2009


Salam…
Bertemu dan berpisah adalah lumrah dunia.
Tapi apakah hikmah dalam pertemuan dan juga perpisahan itu?
Adakah kita menghargai setiap pertemuan itu?
Dan adakah kita mengenang kembali perpisahan yang berlaku?
Dan yang lebih penting, adakah kita memahami akan kewujudan pertemuan dan hikmah perpisahan?

Tiap kali menyertai apa-apa jua program, aku akan menanti saat bertemu dengan mereka….
Mereka yg sering kali memberi inspirasi dalam hidupku…
Mereka yang sering membuat aku tertawa..
Mereka yang sering mermbuat aku berlapang dada.
Dunia ini cukup indah saat bersama mereka.
Walau dalam kesempatan yang terhad…
Namun in cukup memberi sejuta kenangan manis yang tak mungkin dapat aku lupakan.
Mereka bercerita, aku bersuara….
Mereka tertawa, aku gembira…
Mereka bermanja-manja aku layankan ajer….
Adik-adik memang begitu.
Mereka suker bermanja, dan aku diberi anugerah oleh yang Esa suka memanjakan orang yang aku sayang…
Siapa yang aku sayang?
Aku sayang mereka semua…
Aku sayang setiap insan yang aku temui…
Aku sayang adik-adik aku…
Tiap kali join program…
Mereka secara automatiknya menjadi adik-adik ku
Akan aku layan…
Akan aku manjakan…
Akan aku didik…
Akan aku bentuk…
Akan aku marah…
Sepertimana aku lakukan terhadap adik kandungku sendiri…
Aku tak mintak apa yang aku lakukan dibalas
Aku tak mintak setiap tindakanku dinilai…
Aku hanya ingin menyayangi mereka..
Aku hanya ingin mereka faham tentang dunia
Aku hanya ingin mereka faham tentang masa depan
Aku hanya ingin mereka faham siapa mereka
Aku hanya ingin mereka faham tugas mereka
Kelak segala tanggungjawab….
Tampuk pemerintahan akan jatuh diatas jemala mereka…
Mungkin pada saat masa itu sampai, aku sudah menutup mata.
Dan mereka meneruskan kesinambungan legasi keagungan bangsaku ini…

Buat adik-adik abg kat sekolah Mohd Khalid (MOKHA) dari beratus sekolah yang abang pergi, dari beribu-ribu adik yang abang ada, kowang adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Nakkal, manja…, ceria, sporting, dengar kata…
Abg sayang kowang semua. Buat Popey,Amar, Afiq,Qusai,Pico,Chip,Fazrul,Hadri, Apiz,Aqmar and Eman. Sekadar menyebut beberapa nama. Abang harap hubungan ini tidak berakhir disini,akan ada satu aliran yang akan menjalin hubungan ini sehingga mampu membina satu kesinambungan perhubungan akan kekal hingga akhir hayat – amin-
Jujur…kenakalan kowang mengembirakan abang…
Kemanjaan kowang menghiburkan abang…
Rajuk kowang menyenangkan hati abang…
Walaupun macam tu kowang tetap dego kata….
Syabas…kowang adalah adik abang yang terbaik…

Monday, August 17, 2009

MOKHA


Salam,

well dalam kesibukan kerja nie, aku menyempatkan diri jugak tuk g AGM GPMS. sebenarnya aku tak larat nak g sebab aku bukannya sehat sangat. tekak aku nie gatal jer nak batok. satu lagi suara pun tak ade. but then bila fikir balik rugi kalo tak g. enjoy kalo g sebenarnya. dapat jumpa adik2 dapat kongsi pengalaman gan diaorg. bila dgn budak2 aku memang enjoy. layan diaorg, berborak gan diaorg dengo diaorg merapu. tapi sebenarnya itu yg diaorg nak. diaorg nak kita dengar pendapat mereka, dengar kehendak mereka. itulah hidup remaja.
entah kenapa aku lebih sennag nak rapat dengan budak2 dari org tua. mungkin org dah berumur nie bermuka2 kot.hahahaha....well tiap org ader sebb sendiri kenapa.
tapi budak pompuan jangan ler jeles. aku nie senang nak rapat gan saper jer, cumer gan pompuan kene ler kaber sket. yerla lelaki gan pompuan kene ader batasnya. lelaki lain sket kita leh bersentuh, nak bergurat sekel kepala ker, tarik telinga diaorg ker.gan pompuan susah sket. hahahaha....
tapi aku suker kongsi pengalaman gan diaorg sebab aku berada kat sini bukan melalui jalan yang mudah.memacam perkara yg berlaku sebelom aku mampu berdiri macam nie.hope aper yg aku cakap leh wat diaorg sedar tentang beberapa pekara. jangan sombong, jangan putus asa, jangan takot argh...macam2 lagi la...
aku open....sesape yg ader masalh leh criter kan aku.insyaallah aku akan tolong semampu yang boleh. sebab kalo diaorg kongsi masalah gan aku , dioarg bukan org pertama dan terakhir yang berbuat macam tu.dah beratus yg buat macma tu.
well aper2 pon time sekolah lah yang paling enjoy skali....
so for all my brother and sista....enjoy your life but make sure dont forget we are muslim. there are sertern thing that we cannot do.
salam

Tuesday, June 9, 2009

?????

Hati berbisik siapa yang akan mengerti

Sedih, pilu,marah, benci dan segala perkara bersarang dalam satu masa

Siapa yang tahu?

Siapa yang mengerti?

Siapa yang memahaminya?

Siapa yang akan bersimpati?

Ku pemdam segalanya

Ku tanggung semuanya

Biar apa kata mereka

Biar apa hinaan mereka

Siapa yang akan mengerti isi hatiku?

Sabar itu yang aku lakukan

Tenang itu yang aku pamerkan

Semyuman manis aku lemparkan

Hilai tawa aku luahkan

Tapi hakikat nyata hatiku sepi

Tapi kenyataanny aku sendiri….

Wednesday, June 3, 2009

SAHABAT,TEMAN,KAWAN.SAUDARA…..

SAHABAT,TEMAN,KAWAN.SAUDARA…..

Apa yang kowang paham tentang mereka?

Apa terma yang kita gunakan untuk mengenali mereka?

Bagaimana kita mengukur PH persahabatan kita terhadap mereka?

Adakah kita mengukur bedasarkan kepada masa?tahun? atau apa?

Mesti aneh kenapa aku berkata begini?

Entah hidupku dikelilinggi oleh mereka…

Hatiku terusik, hatiku tersentuh tiap kali aku akan berpisah denganseorang teman yang akan meninggalkan aku….

Kenapa?

Aku sendiri tak punya jawapan tepat untuk semua tu….

Mungkin aku jenis yang menganggap teman sebagai saudaraku sendiri…

Mana-mana yang rapat,mana-mana yang kerektor mereka dekat dengan aku…

Akan aku layan dengan terbaik

Walau mereka tak pernah nak layanakau seperti mana aku melayan mereka…

Kenapa aku merapu macam nie?

Sebab aku baru saja ditinggalkan seorang teman

Seorang kawan dan juga seorang adik.

Dia kawan, tapi aku anggap dia macam adik aku sendiri

Aku layan dia macam akau layan adik2 aku kat rumah

Karektor dia cukup dekat dengan aku sebab

Sifat, perangai, tingkah laku, gaya bahasa, gaya berjalan, kenakalan dia

Mirip sungguh dengan adik aku yang no 9.

Aku layan dia macam adik aku, sekuramng2nya aku terhibur dengan perangai dia,

Jujur aku terhibur, jujur aku dapat melepaskan rindu aku pada adik aku.

Terima kasih juga pada dia sebab dengan adanya dia.

Aku belajar banyak benda.

Bagaimana nak bercakap dengan adik aku sendiri….

Bagaimana nak menguik emosi dia,

Bagaimana nak bercakap tentang masa depan

Bagaimana nak bercakap tentang impian

Tentang cita2, tentang harapan

Tapi semua tu dah jadi kenanagan

Dan aku harap ianya kekal dalam ingatan aku

Sekrang dia dah berenti kerja

Sebab dapat tawaran kerja dgn RISDA

Allah anugerahkan rezeki yang lebih baik pada dia…

Jujur aku sebak, sedih sebab dia berenti…

Mungkin ada yang rasa pelik, tapi itu hakikat persahabatan aku.

Aku anggap dia macam adik aku sendiri..

Dan aku pernah kehilanagn seorang adik,

Hibanya hati taip kali menginggati kehilangan adik itu kekal hingga kini

Dan bila ada org yang aku anggap adik sendiri pergi tiggalkan kita

Perasaan itu akan datang sendiri,

Tapi aku tetap bersyukur dengan perasaan itu

Dengan perasaan itu aku tahu aku adalah manusia

Yg jujur pada pereasaan aku sendiri

Dan aku adalaah manusia yang menghargai orang lain.

Terimam kasih pada budak nie

MOHD FAIZUL YUSOP

All da best for you bro….

Once I treat you like my own brother

It will be always like that…

And thanks for averything!

Friday, May 22, 2009

Filem

Salam,

Malam tadi aku layan wayang,

Well as usual, aku memang kaki wayang. Dan aku tak pernah nak memilih cerita. Sebab pada aku menonton wayang bukan sekadar berhibur, tapi pada aku more pada pendidikan.

Sesetangah orang menonton wayang bedasarkan kepada cerita, pelakon, dan apa cerita itu. Tapi aku tak pernah nak amek kisah tentang hal tu. Aku lebih pentingkan apa yang aku dapat bila aku tengok cerita tu.

Sebagai contoh, budak opis aku tengok wayang bedasarkan cerita ape?bedasarkan kepada komek, dan sebagainya. Sowang lagi mmber aku pon memang kaki wayang dan dia tengok wayang bedasarkan kepada pelakon. Tapi apa yang aku nak highlight kat sini, mereka semua anti ‘filem melayu’. Aku tak paham kenapa? Sedangkan mereka gak org melayu, cerita yang dibuat pon lebih dekat dengan diri mereka sendiri. Entah aper, atau mungkin mereka sendiri ego, tak nak mengakui bahawa mereka adalah seperti itu sebenarnya. Suka pada cakera cinta dan juga komedi. Entah sukar nak baca fikiran org melayu dan sukar nak kenal pasti apa sebenarnya yang mereka nak.

Macam yang aku cakapkan sebelum nie, aku menonton wayang untuk belajar sesuatu dari filen itu. Contoh, filem ‘angle & demon’ walau pon pada dasarnya filem tu memaparkan konflik antara gereja katolik dan juga saintis (sains), ada perkara yang menarik disini, betapa Islam itu hebat dan betapa Allah itu Agung sebenarnya. Penganut kristian katolik menyanggah para saintis yang cuba untuk melawan atau mempersoalkan tentang tuhan, tentang kejadian alam. Dalam cerita nie, saintis cuba membuat ujikaji mengenai kejadian alam dengan menggabungkan neutron seperti nucleus pusat bumi, tapi ditentang oleh gereja katolik yang berpusat di Vatican City. Kenapa? Apa tujuannya? Tapi apa yang mungkin org lain terlepas pandang adalah provokasi yang mereka mainkan. Secara terangnya mereka tak percaya akan wujudnya tuhan di dunia ini. dalam filem ni mereka memberi fahaman bahawa tuhan itu tak wujud dan kita sebagai manusia perlu berpegang pada fakta dan sains bukan kepada kitab lama. Pergh…kalo tak percaya tengok sendiri la…aku tengok cerita tu dekat sepuluh kali aku mengucap.

Dalam filem malam tadi ‘Syurga Cinta’ banyak benda yang aku belajar, dan ada 4 perkara yang melekat dalam otak aku. Dan aku harap dia melekat samapai bila2 dan aku dapat amalkan.

1. Kita hanya mencari Tuhan bila kita dalam kesusahan, kesempitan dan juga keresahan Dan kita akan lupa tuhan bila kita senang. Kita hanya berdoa ada tuhan bila kita dalam kesusahan. Sebenarnya kita perlu banyak berdoa bila kita dalam kesenangan.

2. kita selalu marah pada tuhan bila dia menghilangkan matahari dan diganti dengan awan yang gelap, hujan yang lebat serta petir yang kuat. Tapi kita tak sedar sebenarnya selepas itu tuhan nak bagi kita pelangi yang cantik.

3. Jodoh terbahagi pada 3:

a. jodoh dari syaitan: kita berkenalan dengan seorang perempuan, kita bersentuhan dengan mereka, kita melakukan maksiat dengannya,kita berzina denganya dan kemudian kita bernikah dengannya.

b. Jodoh dari Jin : kita meminati seorang perempuan dan perempuan itu tidak menyukai kita. Dan kita bomohkan dia supaya dia suka pada kita, lalu kita bernikah dengannya

c. Jodoh dari Allah : Kita memandang pada seorang perempuan, hati berdebar, dari mata ianya turun kehati, kita mengenalinya dengan lebih rapat. Daripandangan mata yang membuatkan hati manjadi tak keruan. Kita meminangnya dan kemuadian kita bernikah denganya. Itulah yang dinamakan dengan ‘Syurga Cinta’

d. hidup manusia penuh dengan kelalaian, kita lupa, kita leka pada nikmat dunia, dan setiap kali kita melakuakn kesilapan dihujungnya pasti akan ader penyesalan. persoalannya adakah penyesalan itu berbaloi, atau penyesalan yang mungkin akan merubah diri kita atau penyesalan itu sudah terlambat dan kita tak mampu untuk melakuakn sesuatu sehingga kita kehilangan sesuatu atau hilang org yang kita sayang.


Bukan nak cakap la….pada sesiapa yang selalu menyelar filem melayu, go and see this movie u will get something from this movie. There are many things that u can learn from it. Trust me….

All u need to do just watch this movie and open your mind…..

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Guru Pembina Bangsa.

Salam,
Buat kengkawan aku yang jadi cekgu,
selamat hari guru...
all da best wat kowang.
nak mengaja anak melayu nie kene ikhlas.
jangan buat hanya untuk sesukaer jer atau buat hanya kerana tak ader kerja lain.
semoga dgn keikhlasan korang ilmu tu senang nak masuk kat kepala hotak anak murid kowang.
dan moga2 ilmu tu melekat dan mereka dapat amalkan.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
jika hari ini seorang President sebuah negara,
jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
jika hari ini seorang peguam bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru Biasa

usman Awang 1979

Wednesday, April 22, 2009

Entah

aku sendiri tak tau nak cakap dan apa yang aku anak luahkan skeranag nie
pening, kusut......
satu-satu masalah datang....
aku sendiri tak tahu apa punca dia, dari mana dia datang dan macam mana ia akan berakhir
argh............!!!!
kusut!!!!
tiba-tiba aku benci sangat dgn dia...
aku melaut dengan dia...
aku geli gan dia
aku jijik gan dia....
macma mana aku nak bagi tau dia...
macam mana aku nak terang kat diaorg supaya diaorg paham?

Tuesday, April 21, 2009

tention!

tetiba lak banyak kerja....
cipan tol...
dah tu jenis tak menyabo. semua nak cepat.
ingat aku robot ker?
sekolah la..., hotel la....,padang la....., residenmas pon sebok nak cepat gak. asal semua org macam tetau jer aku nak holiday kat redang.

elek-elek ar...bagi ler aku chance nak lepak2 gan mmber aku kat redang. hawau tol.

arkitek pon satu,
bukan jenis nak menyabo, aper dia hengat kerja aku nie macam kerja dia ker?
cut n paste jer?
ko cut aku kene kira tau!
ko paste pon aku kene kira!
kepunden tol.

kot yer pon bagi ler aku mase nak mengire, sesedap ati mak abah ko jer ko story kat client aku lambat yer...!!!
tak per ko tunggu lahanat maser ko sampai!

Sunday, April 19, 2009

boring giler.....

Argh.....boring giler esok kerja....
banyak lak tu nak siapkan...

tai yg best eaok leh amek kemera nikon aku kat kedai
at last i get what i want.

Friday, April 10, 2009

Kuasa,Peribadi, Org Melayu,Intergriti, Emosi, Taksub DLL

Salam,

Sebelum aku g lanjut, mender yg aku tulis nie dah lama aku wat, cumer baru ade masa nak post dlm blok aku.

Hari isnin lepas aku ada pergi satu tempat dekat Melaka, some where area Klebang Kecil. tujuan aku g sama atas sebab kerja. Kompeni aku ditugaskan untuk wat kajian berkenaan dengan masalah banjir di Kawasan Parlimen Tangga Batu. Kawasan yng aku g nie selalu banjir bila waktu hujan. Kawasan kampung nie dikelilingi oleh taman perumahan dan juga sawah. Dulu tak pernah banjir. But bila kerajaan negeri Melaka tambak pantai yg ader depan rumah mereka so air dari sistem perparitan mereka tak dapat dialirkan dan mereka kene tumpang parit taman yang berhampiran. Dalam calculation parit bagi sesebuah taman, parit hanya mampu untuk menampung kapasiti air dari kawasan taman tu sahaja. tapi sekarang terpaksa menerima air dari kampung berhampiran mereka pulak. itu antara punya kenapa banjir berlaku. tapi bukan itu yang nak aku kongsikan dengan korang. tapi sesuuatu yang diluar skop kerja aku.

penduduk kat sana seolah2nya tak ader tempat naj mengadu, dan pada mereka tak ader siapa nak mengadu. ader sowang p[akcik tu meluahkan perasaan sedih dan jug aterkilan pada pemimpin melayu yag memerintah negeri tu. Kebanyakan mereka kat sana adalah nelayan. panatai depan kampung mereka ditambak oleh kerajaan dan yang yang mamjukanny adalah bangsa cina. mereka cukup terkilan. pantai adalah tanah yang bebas dan tempat permainan mereka. tapi sekarang nak buat parit untuk kampung mereka pon mereka kena bayar pada pamaju. dah mereka dah taka der tampat nak labuhkan sampan mereka. rintihan mereka tak ader siapa yang nak dego. pakcik tu cakap, mereka satu kampung tak pernah nak tolak kemajuan dan juga pembangunan, tapi tolong jangan pinggirkan mereka. yang memimpin org kita, yang membangunkan org cian, tapi kenapa org kita perllu tunduk dan ikut cakap mereka. sedangkanmereka yang terrindas itu adlaah dari kalangan mereka. pakcik tu mempersoalkan tentang politik melayu yang terngah bergolak. pakcik tu sendiri cakap yang dia adalah penyokong 'UMNO' dan tak akan sekali2 menyokong 'PKR'. tapi dia tak pernah nak menafikan 'UMNO' itu sendiri pincang. majoriti yang berada diatas, yang memimpin haya petingkan diri sendiri, hanya petingkan poket, tekak dan anak bini sendiri tanpa pernah memikirkan tentang bangsa mereka. Bila sampai waktu pemilihan atau pilihanraya baru nak melaung cerita pasal kepentingan bangsa sendiri. Yang taksub pada politik terus menyokong dan yang membantah akan terus membantah tanpa pernah nak berfikir tentang betol atau salah. yang mengipas akan terus mengipas sampai ader projek atau duit masuk dalam poket untuk makan anak bini sendiri. Aper nak jadi agaknya?
Kalo ader org yang menyokong parti lawan mereka akan berhujah sampai mereka akan menenag, begitu jugak yang menentang. tanpa pernah berfikir 'gajah sama gajah berlawan, kancil di tengah jadi korban, binatang lain tolong sorak kaut keuntungan.

Tapi percayalah harta org melayu yang tinggal hanya kuasa memerintah. kalau itu punkita tak dapat pertahankan aku tyak dapat bayangkan maser depan bangsa kita pada masa akan datang. jangan sampai kita mengemis ditanah air kita sendiri. ibarat menang sorak kampung tergadai. dah terhantuk baru nak tergadah. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak ader gunanya.
Pikir-Pikirkn....

Thursday, April 2, 2009

Kerja....!!

Argh...........
Banyak giler kerja, sampai tak tau nak buat yg mana satu dulu. Kepunden semua nak cepat, bagi arni luser nak. kalo dah sampai 4 pojek tak kunap aku? Mintak nyawa, mintak nyawa. Selagi belum tutup mata kerja...kerja...

Saturday, January 31, 2009

My Engagement Day

Ok yang nie a few present that i prepared my self for her


Dua cincin + Seutas Gelang Tangan Hadiah Untuk Si Dia


Inilah Dia....Insan Yang Telah Menjadi Tunangku

Friday, January 30, 2009

First Step For A New Life

First Step For A New Life

Assalamualaikum,

Hallo guys, I’m back.

Ok after a month of tiring day doing a preparation for my engagements ceremony. Now I’m back on track. But still have lot of things to be done.

All I can says is it a new life for me. First step for me is to become another person. To become man who have a status. Second step…well of course be marriage man, become a husband for someone. And the other step will come one by one.

Everything is going smoothly even not as my plan. 1st plan I’m just prepare 9 ‘dulang’ and she will give me 11 ‘dulang’. But then I give her 15 ‘dulang’ and she prepares 17 ‘dulang’ for me. Surprise isn’t it? And I’m supposed not to attend that ceremony. Just because no body knows where is her house, so I need to be there just to show my family the right way. But then her family asks me to be there too….

Huh I’m freezing man….!

Speacless…..

Donno what to say! Donno what to do…..!

Damm man….

I’m there just like an idiot man.

So there are a few pic during my ceremony.

Hope u guys enjoy looking at it.

Monday, January 26, 2009

Permulaan Hidup Baru.....

Susah nak cerita...
Setiap satu perkara yang berlaku dalam hidup kita memang susah nak dijangkakan...
well we plan every things...but it doesn't mean it will go exactly like we planed. But it still have a shining silver behind it. trust me....

i my whole live I've been seeing so many kind of gurl..... beautiful, sexy, hot and bla...bla...
but still i feel something missing. i think about it so many time...again and again. than i realize, what i want is girl which i call 'WIFE'. girl who can i talk with, girl who can i share every things.....

i looks every where... girl that i call....'Bintang Timur'.
i looks for her in each side of this world,
than i find her...just in front of my eyes.

she just a simple girl....
much simple than i imagine...
she's not hot as my ex,
she 's not sexy as my ex...
she 's not cute as my ex...
but she's got something that my ex doesn't have...

she know how to talk with me...
she know how to make me smile..
she know how to make me laugh..
she know how to take care of me...
she have some thing that can full fill all my weakness...
she know how to balance my weakness...

all i can say is...
she so special for me..
i love her very much...
more than can i imagine...

now she's not just my girlfriend...
but she officially is 'Tunang Ku..'

Gambar dia?
Tunggu......!!!!

Tuesday, January 13, 2009

Happy neu year!

Selamat Tahun Baru dan Selamat sambut Maal Hijrah.

So harap tahun baru nie akan ada sinar yang mendatang. Buah hati aku mimpi dia pakai baju putih maser betunang dan disarungkan cincin. dari tafsir mimpi ia beri maksud akan beroleh keuntungandan dia akan cepatr berumah tanga. aku lak mimpi yang bulan dan matahari beralih arah terbit dia. Maksudnya segala impian aku atau hajat aku akan terkabul.
hehehehe hajat aku nak kawen....so akan terkabul insyaallah!

p/s: 25 nie aku akan bertunang! so sama ada nak percaya atau tak terpulang la.