BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 6, 2010

Hehehehe...inilah Aku...

Apa la sengal aku ny…
Aku lelaki tapi aku lelaki yang tak pandai nak layan perempuan. Tap ader kala aku akan jadi lelaki yang paling romantik. Tapi ader kala aku jadi kayu, stum konkrit pon kalah r. Huhuhuhuhuhu..............

Entah la aku sendiri tak pandai nak menilai diri aku sendiri. Menilai org pandai lak. Tp diri sendiri tak pandai. Tak tau la ego atau sebab tak boleh terima kelemahan diri sendiri. Tp inilah aku.

Aku ni spesis lelaki yang tak pandai bergayot, yang tak pandai bersms berjela2. aku jenis lelaki yang akan cakap sekali jer... bila aku cakap aku sayang aku cinta maknanya mmg aku sayang dan aku cinta. Dan aku spesis lelaki yg cakap yang aku rindu bila aku betol2 rasa akan rindu tu. Aku bukan jenis yang akan cakap sentiasa. So perempuan diluar sana jangan salahkan aku yer...

Selain dari itu aku juga lelaki yang rimas andai banyak sangat soalan daripada perempuan. Dah tu pulak soalan yang sama jer sentiasa. Lagi yang aku hangin soalan yang berantai, dah makan? Makan apa? Dekat mana? Dengan siapa? Betol ker? Pergh...kalo aku dapat soalan cam tu dari awek aku aser cam aku nak hempas jer Hp tu. Maaf la aku bukan jenis lelaki yang akan jawab soalan sms tu panjang lebar. Walaupon aku ny suker menulis dan membaca tapi itu tidak bermakna aku akan balas semua sms yang aku terima sepanjang lebar yang aku nak.
Apa juga soalan yang aku terima akan aku balas dengan jawapan, entah, tak tau, tengokla, dah, tak, maaf, biorla....
So perempuan diluar sana jangan la aser kecik ati gan jawapan aku, dari berjalur dan sepanjang lebar soalan yang diberikan itulah jawpan aku. Tp kebanyakan awek aku yang lama kata aku ny tak prihatin perasaan mereka.

Maafla kalo dengan aku, ader yg akan sakit ati. Tapi aku senarnya sayang Cuma aku tak pandai nak jadi sepertimana yang pompuan nak. Yer la tak adil la...pompuan selalu kata yang lelaki kene faham diri mereka (peremuan), tapi ader mereka paham aku(lelaki)? Aku kalo dah cinta dan sayang perempaun tu aku akan terima dia seadanya dan aku akan terima baik buruk kurang lebih yang ada pada diri dia. Dan aku tak akan persoalkan. So perempuan diluar sana kena r terima siapa aku.

Lagi satu, aku ny rimas gan perempaun yang selalu nak melepet, meleset, tesepelet, menempel, berkepet sepanjang masa.AKU TAK PANDAI DAN AKU TAK SUKA aku rimas. Kalo ader yag macam tu selamat tinggal aku ucapkan pada mereka.

Bila aku cakap yang aku ader kerja, maknaya aku kerja. Kalo aku cakap aku kuar gan mmber, aku kau r gan mmber r. Jgn banyak tanya. Klo banyak tanya mmg aq tak jawab....sampai sudah aku biorkan.

Aku ni jugak spesis lelaki yang tak berapa pandai nak pujuk orang. Aku memujuk bertempat. Maknanya aku pujuk pompuan tu berdasarkan kepada sebab merajuk dia. Dah kalo merajuk sebab yang tak munasabah kem slam aku nak pujuk. Pujuk la diri sendiri. Kalo merajuk sebab yang mmg berpunca dari aku dan munasabah dan releven. Mmg akan aku pujuk sampai dia cair dengan kata-kata aku. Pendek kata aku ny romantik gak la. Cumanya aku lelaki yang roamantik hanya pada masa yang perlu. Buka senintiasa nak romanti. T kang jemu lak....

Aku lebih suka perempaun yang faham akan kerja aku, kegemaran aku dan boleh sesuaikan diri dengan aku. Dan aku tak suka perempuan yang nak ubah aku ikut tekak dia. Dah kalo aku leh terima dia, dia kena r terima aku cam mana aku. Tak perlu nak tuko aku. Aku jenis yang tak suka buang masa. ader masa terluang aku akan join pogram atau membaca atau wat propposal. Dan kalao ader masa terluang yang sedikit aku akan gunakan masa tu tok berehat kat rumah jer. Sebab aku tak berapa pandai nak jadik macam org lain yang nak sentiasa berkepit dan dating selalu. Makan nak bersama, hujung minggu nak kuar, nak tgk wayang bagai. Aku adar kawan ko juga ada kawan. Aku akan laung kan masa tok awek dan aku juga perlukan masa tok kawan2 aku. So jangan nak jeles dan marah tak tentu pasal.

Aku tak pernah nak larang awek aku nak kuar gan siapa dan aku jugak tak nak ada org sekat aku kuar gan siapa. Dah kawen lain cerita. Sebelum kawen ny, jangan nak banyak songeh. Aku bukan jenis yang cemburu buta. So siapa nak jadik awek aku jangan nak cemburu tak tentu pasal. Klo nak jugak pastu merajuk kem salam aku nak pujuk....pujuk r diri sendiri.....

Aku nampak cerewet tp senaarnyan aku ny simple jer...aku Cuma nak perempuanyg leh terima aku seadanya, itu jer....tak susa kan? Dan aku bukan jenis yang terlalu memilih.

Minic Kepala kuk....

Entah la aku sendiri tak tau yg aku ni sebenarnya terlalu memilih atau cerewet. Mana tidaknya aku ada ramai perempuan yg minat aku…tapi aku jer yg taknak diaorang. Bukan nak jual mahal. Tapi entah la…

Sekarang ny ada sowang budak pompuan yg aku kenal. Agak lama la jugak kenal dengan dia. Tapi sebelum ny dia jauh, Cuma sekarang jer yang dia dekat dan kami sekarang selau jumpa. Ada perkara la sbb kami berjumpa. Bukan nyer kami wat tarikh (date) pon. Kalo dengan perempuan aku selalunya akan layan mereka dengan istimewa. Dan aku tak pandai melayan perempuan seperti kawan lelaki yang lain kecuali mereka betol-betol rapat. Siapa yang kenal aku pasti tau macam mana aku layan perempuan.

Budak perempaun ny tak lah cantik, tapi dia manis. Yg buat aku tergoda dengan dia adalah kegebuan dan kemulusan kulit dia....pergh! cam kulit baby tau. Rasa mcam nak usap2 dan cubit2 jer. Aku dengan dia memang mesra sampai kawan lain ingat aku dengan dia ada hubungan istimewa. Malah adik2 angkat aku pon cakap aku gan dia macam pasangan kekasih.

Tapi yang menjadi masalah adalah aku sendiri. Aku pulak yg tak berapa minat dengan dia. Entah la.....agak kepunden jugak bila difikirkan. Aku pon buakan nak kata apa . Cuma aku perasan yg dia menaruh hati dengan aku. Yerla kalo dah selalu sangat tepon, selalu sangat msg aku. Agak2 korang apa? Dan tentu dia ada hati dengan akukan? Tp tu la sengalnya tentang aku ny. Bila dia tepon aku, aku pulak yg malas nak layan dia. Aku tak tau la mungkin sebab aku penat ker, aku letih ker. Inlah maasalah aku. Tp bila dia dengan org lain aku lak yang terasa ati, cemburu tak tentu pasal. Menanah aku tengok dia gan jantan lain. Bodoh gaban aku rasa aku ny. Tak tau la apa yng aku carik kat dia.

Tapi kawan-kawan aku cakap yg aku ni ego dan menafiakan perasaan yang aku ada. Entah mungkin iya juga kot. Yg paling horro adalah aku sendiri tak tau apa paerasaan aku pada dia. Aku suka hanya suka atau akau suka yang tahap cinta atau aku benar2 cintakan dia?. Tak tahu nak filter macma mana dan nak terangkan serta nak jelaskan apa yang aku rasa. Adoiyai....

Mak tolong anak mak ny....

Friday, September 17, 2010

Cari Jodoh...

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Thursday, September 16, 2010

Pengibaratan....

aku ibarat berada digurun tak kala ini
Panas kehausan, kering tak bermaya
Dan Allah telah turunkan hujan
ditanah gersang ini
tapi kenapa?
bilamana aku bersyukur
dengan hujan yg turun
hatiku tetap resah
tetap gelisah
seakan-akan ada musibah?

Maaf....

maaf andai aku membuatkan kalian berteka-teki
tak terniat
tak terlintas
tak terdetik
difikiranku mahupun
jauh disudut paling hujung dalam hatiku.
cuma apa yang aku lalui cukup berbekas
aku masih tak mampu berkata
aku hanya mampu begini
aku gembira takkala bersama kalian mana mungkin
aku memperlihatkan kesedihanku
memperlihatkan penderitaanku
memperlihatkan kedukaanku
bersama kalian
adalah perkara yang mengembirakanku
tidak mungkin aku rosakkan rasa gembiraku
dengan bercerita penderitaanku
bercerita kesedihanku
bercerita kepedihanku
biarlah masa
biarlah takdir
yang menentukannya
andai sampai masa
andai sampai saatnya
andai sampai waktunya
akan kalian tahu apa sebenarnya
moga waktu itu semua dendam
semua kesalahan
semua dosa
semua khilaf
sudah lupus
dalam fikiranku
jua dalam benak hatiku.
ketenangan jiwa,
itu yang kuidamkan saat ini.
dapatkah aku?

Hakikat.....

ader masalah yang boleh kita ceritakan
ader masalah yang tak dapat kita certikan
andai ada yang boleh kita ceritakan
belum tentu dapat kita ceritakan
sebab kita tak tahu mereka sanggup mendengar atau tidak.
kita tak tahu mereka ikhlas mendengar atau tidak.
birlah takdir yang tentukan
birlah takdir yang mengakhirkannya.
salam...

Ketentuan....

apa yg telah terjadi adalah kehendak Allah
apa yg terjadi adalah qada' dan qadar Allah
apa yang akan terjadi adalah rahsia Allah
apa yg mampu aku,kau dan mereka lakukan?
berserah?
redha?
menangis?
putus asa?
teruskan hidup tanpa rasa apa-apa?
atau lebih optimis?
atau mungkin berfikiran positif?
atau meyakinkan diri tiap musibah pasti ada hikmah?
hingga kewaktu ini mampukah aku?
hingga kesaat ini terdayakah aku?
hingga kedetik ini bertahankah aku?
pada waktu ini
pada saat ini
pada detik ini
aku makin lemah
aku makin tak terdaya
aku makin tak bermaya
namun kugagahkan jua hingga ketitik akhirnya
jangan ditanya kenapa
jangan ditanya mengapa
jangan ditanya apa
andai sampai waktu dan tikanya
segala cerita
segala rahsia
segala pertanyaan
akan terjawab
sesunguhnya apa yg akan terjadi masih lagi rahsia Allah
kerana semua itu telah tertulis.

Jangan Takut...

anganlah kau takut sahabat
telahku maafkan segala dosa
telahku maafkan segala silap salahnya
kerana aku inginkan ketenangan
kerana aku inginkan kebahagiaan
aku tak ingin dibelenggu dengan dosa
dibelengu dengan dendam
jika hidupku penuh dengan keceriaan
penuh dengan kegembiraan
penuh dengan ketenangan
aku juga ingin pergiku dengan keceriaan
penuh dengan kegembiraan
penuh dengan ketenangan
bebas dari dosa kawan-kawan
bebas dari beban dendam
aku ingin bebas dari semua itu
indah bukan?

Sahabat,.......

Sahabat
dikesempatan ini
ingin aku mohon berjuta kemaafan
berimbun keampunan
atas segala kesalahanku
atas kesilapanku
atas kekhilafanku
atas dosaku
segalanya dalam sedar atau tidak
halalkan makan minumku
halalkan segalanya
i never have a good friend like u guys b4
you already color my life beautifully
maafkan aku sejujurnya,
maafkan aku seikhlasnya,
maafkan aku seadanya,
maafkan aku untuk segalanya.
aku cuma takut tak berkesempatan
takut ajal menjemput sebelum
sempat maap kuutarakan
maafkan aku sahabat semua
dari hujung rambut sampai dlam hati
sekian

Andai Aku Bisa....

andai sabar itu boleh ku tambah
ingin sekali ku korbankan harta yg ada untuk menambahnya
andai sabar itu boleh ku tebalkan
ingin sekali aku lepa biar tebal tak tergugat
andai sabar itu boleh kuteguhkan
ingin sekali aku pasakkan ia agar teguh tak bergoncang
tapi mampukah aku?
dapatkah aku?
aku takut sahabat...
takut berhadapan dengannya
aku takut sabar ini hilang
aku takut sabar in lenyap
aku takut sabar ini ghaib
hilang dalam keresahanku
hilang dalam kegusaranku
hilang dalam gundahku
aku takut sahabat...
aku takut terperangkap dalam kekufuran
aku takut dilaknat tuhan
aku takut semua ini hanya hasutan syaitan
yg ingin mengheret aku menjadi penemannya di neraka jahanam.
Nauzubillah!!!
Ya Allah jauhkan aku dari itu.

Aku Tak Punya Jawapan

akan ku jadikan ia sebagai cahaya mencari jawapan
mencari ketenangan
mencari jalan keluar dari kebuntuan
aku cukup bersyukur punya teman sepertimu
aku cukup tenang ketika ini
lebih tenang dari dulu
tapi dalam tenang cukup kuat geloranya
cukup ganas hempasan badainya
andai bisa aku zahirkan
andai bisa aku terjemahkan
ingin sekali aku luahkan
ingin sekali aku katakan
aku ingin seperti dulu
aku ingin seceria dulu
aku ingin sebahagia dulu
walau kuat badai yg datang
walau kencang ribut bertiup
walau bergoncang perut bumi
walau termutah lahar merapi
aku tetap tenang
aku tetap santai
setenang air tasik tanpa kocakan
selembut bayu bertiup membuai dagu
tapi kini
wajahku tampak tulus tenangnya
namun dihati bergetar geloranya
sebengis halilintar membelah bumi
jujur....
aku ingin seperti dulu
bebas dari belengu ini
tapi mampukan aku?
aku tak punya jawapan?

Andai Semudah itu......

andai semudah itu.
sudah lama kulontarkan pertanyaan
sudah lama kurisikkan soalan
agar hilang gundah gulana ini...
andai semudah itu.
sudah lama kubisikkan kepada mereka
seindah bisikan ayat-ayat cinta
andai semudah itu
sudah lama kulafazkan kepada mereka
semerdu kalimah zikir cinta
andai semudah itu.
tidak aku sebegini rupa
andai semudah itu.
tidak aku tersiksa menanggung derita

fitrah kejadian hati
lahirnya untuk manjaga hati insan org yg disayang
tapi adakah insan yg disayang itu menjaga hati kita?
adakah perbuatan seseorang itu menzahirkan hati mereka?
apakah perbuatan yang tersurat itu menterjemahkan apa yang tersirat dihati mereka?
aku tak punya jawapan

Apa Yang Ku Fikirkan...

itu yg selalu aku fikirkan...
itu yg selalu aku lafazkan...
itu yg selalu aku katakan....
biar bibir ini basah meyebut kalimat keramat tu..
biar bibir ini bergerak menyebut kalimat tu...
dan andai nyawa sampai di kerongkong, hampir keluar dari ubun-ubunku
aku mohon biarlah kalimat ini yang menjadi teman pemergianku.
mungkin pada kalian ia hanya sekadar kalimat.
hanya sekadar ayat.
hanya sekadar nukilan.
tapi percayalah.
tak pernah aku rasa sebegini
tak pernah aku seresah ini
tak pernah segelisah ini
andai mampu kuluahkan segalanya
andai mampu kuceritakan semuanya
ingin aku kongsi bersama kalian
tapi apa mampu?
tapi apa bisa?
lidahku kelu bersama kalian
bibirku kaku ingin berkata.
degup jantung makin pantas
gigil dijari kian ketara.
entahlah kent.
aku cuba tak mengendahkannya.
makin aku cuba
makin aku sesat didalamnya.
Doakanlah aku sahabat
agar aku jumpa jalan
agar aku jumpa cahaya
agar aku jumpa jawapan
agar aku jumpa penghujungnya
agar aku jumpa titik akhirnya.
Maaf sekali lagi Crying or Very Sad

Untuk Apa...?

aku makin berfikir apa tujuan aku hidup?
apa makna hidup?
untuk apa aku hidup?
untuk siapa aku hidup?
siapa dihadapanku?
siapa dibelakangku?
siapa dikiriku?
siapa dikananku?
dan siapa diatasku?
apa silapku?
apa salahku?
dan apa khilafku?
dimana silapku?
dimana salahku?
dan dimana khilafku?
siapa yg menyayangiku?
siapa yg mangasihiku?
siapa yg mencintaiku?
siapa yg membenciku?
dan siapa yg memusuhiku?
aku binggung kerna aku tak punya jawapan untuk itu semua!
aku makin lemas dengan semua nie
aku gelisah tak bersebab
dan aku resah tak berpunca
duduk ditikar sujud juga tak mampu meredakannya.
pandanganku kabur tak kala cahaya Dhuha menyapa mata.
pandanganku gelap tak kala matahari tepat di atas ubun-ubun.
pandanganku gelita tak kala bulan bercahaya indah dan bintang menari dilangit Tuhan.
semua persoalan ini memberikan beban tak tertanggung.
apa mampu batu jemala ini menanggung.
ibarat benang dilanda ayam,
lebih kusut dari sarang tempua.
sahabat, adakala ini satu tanda?
tanda 'Sakaratul' mengintai mata?
tanda usia sampai kepenghujungnya?
tanda ajal menjemput tiba?

Aku Tak Tahu....

aku tak tau apa dah jadi
aku tak tau apa yang dah terjadi
dan aku tak tau apa yang akan terjadi

aku tak tau apa dah aku buat
aku tak tau apa yang aku buat
dan aku tak tau apa yang akan aku buat

aku tak tau apa hujung jalan idup nie
adakah gembira?
adakah bahgia?
adakah sunyi?
adakah sepi?
adakah terus sebegini?
tanpa aku tahu apa penghujungnya.
Kerana Jodoh,Kematian,Pertemuan,Perpisahan adalah rahsia Allah!

Tak Tahu.....

aku tak tau apa dah jadi?
aku tak tau apa yg akan jadi?
aku tak tau apa yg dah aku buat?
aku tak tau apa yg akan aku buat?
aku tak tau apa yg perlu aku buat?
sepertinya jalan yg bersimpang ni akan sampai kepenghujungnya.
sepertinya apa yg aku cari tak ada depan mata aku
atau mungkin aku ditakdirkan untuk tak dapat semua tu.
memacam persoalan, memacam kemungkinan, memacam ramalan bermain dalam kepala hotak aku skang.it's seem going to the end.hopefully it not. but i really scared! really really scared.
sorry to say this but i must
Nov 2005

Dosa,Khilaf,Salah dan Silap....

dosa demi dosa....
salah demi salah....
silap demi silap...
khilaf demi khilaf...
lastas mana hujungnya....
mana titik hentinya...
mana akhirnya...
kecelaraun tak berhujung...
kekusutan tak terlerai...

Monday, September 13, 2010

Penantian...

salam...
maanti kehadiran teman lama yang sudah lama tak bertemu....
terpisah kerana membawa haluan yang berbeza....
perubahan pasti akan terlihat pada diriya...
tetapi aku masih begini...
dan tetap begini...
ada kebaikannya...
tp aku memerlukan sesuatu utuk berubah sepertimana diriya....
selepas itu menyusur jalan pulang ke Johor pula....

Kesepian Lebaran 2010

Malam raya pertama
Seperti malam raya tahun sebelumnya, mungkin juga sudah menjadi rutin barangkali. Aku membuat persiapan untuk raya. Dari isi ketupat, siang ayam, basuh ayam dan masak ayam. Etah kenapa aku tak merasa seriik sebelumnya. Tetiba hatiku rasa sunyi….rasanya kosong! Entahlah aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Jadi tanpa suara aku siapka semua, dan aku tak tidur sampai la pagi raya. Aku memasak semua lauk tok kenduri dan tok raya sendirian. Diluarrumah, kerana aku rasa lebih tenang bersendirian. Sambil melaya perasaan yang kosong.


Raya pertama
Sepertimana yang telah aku jangkakan seminggu sebelum raya, malah aku pernah post dala fesuk aku pasal suasana raya tahun ni. Aku sendiri menjangkakan yang raya tahun ni tak akan seperti raya sebelumnya. Kerana aku tak nampak airmata dan juga senyuman dimata mereka. Raya tahun ni terlalu hambar rasanya. Tiasa keindahan, tiada senyuman. Andai saja dapat aku luahkan apa yang bersarang dalam benak fikiran aku wajtu ini alagkah bagusnya. Tapi sayang aku tak tahu macam mana aku nak terangkan dan tak tahu macam luahkan. Tak per la…mungkin aku dah terbiasa macam ny dari kecik mungkin. Allahuakbar…!!!!


Raya kedua
Buat kali yang keberapa entah, ‘dia’ bersuara lagi, suruh aku mencari ‘bintang timur’. Aku sepi tanpa jawapan. Kerana aku tak tahu apa yang harus aku berikan. Jawapan yang bagaimana perlu aku terjemahkan pada ‘dia’. Andai saja hati ini dapat bersuara langsung alangkah mudah.
Malam ni macam biasa, pergi ‘baraan’. Macam biasa semua mata akan terarah kepada aku. Entah apa sebabnya aku sendiri kurag pasti. Nak kata glamor, kat kampong tak la gkamor mana pon. Tapi bila ada peluang soalan sama pasti akan ditanya pada aku. Macam mana aku nak terangkan pada mereka?


Raya ketiga.
Seperti malam sebelumya, cumanya kali ini aku lebih sendirian. Dan aku hanya melayan diri sendiria. Asib baik jugak Are-Cha gan Are-Jim join skali. Cuma kali ni aku deberikan tugas utuk mewakili rombongan beri ucapan untuk setiap umah. Aku sendiri aku tak tahu apa yang aku merepek. Cuma aku Cuma berbahasa sepertimana yag sering aku lakukan dalam blog. Bahasa beritma dan berkias. Sebenarnya aku tujukan pd sesetengah org yang sering buat onar kat kampong aku. Terpulang la kali dia nak terima atau tak aku hanya semapaikan yang pada aku benar. Tapi itu tak mengembirakan aku pon. Perasaan masih sama seperti sebelumnya juga..

jadi apa yag dapat aku simpulkan, lebaran kali ini sunyi dan sepi....

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam,

Sudah 14 tahun …tapi kadangkala aku rasakan ia seperti baru saja berlalu bersama kenangan terindah yang pernah tercipta. Dan kadangkala aku sendiri sepertinya tidak percaya dengan apa yang aku ada tika ini. Dari seorang budak kampong yang tak punya cita-cita, dari seorang udak hingusan yang tak tahu hala tuju masa depannya. Kini sudha bergelar ‘Jurutera’. Adakalanya aku sendiri merasakan aku seperti dalam mimpi. Apa benar aku sudah punya ‘Ijazah’? apa benar aku punya dua ‘Diploma’?

Tapi semua ini tidak akan terjadi, dan aku tidak mungkim memiliki semua ini andai tidak kerana mereka. Mereka yang pernah bersuara, mereka yang berkorban masa, mereka yang melakukan apa sahaka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Tanpa kata mereka aku tidak mungkin sedar dari lamunan. Tanpa kata mereka aku mungkin tidak akan menjejakkan kaki kebumi asing.

Cikgu terima kasih untuk semuanya, terima kasih atas semua jasa, budi kalian hanya Allah yang mampu untuk membalasnya. Seakan memori lalu terbias dikotak mata ini. Saat kita bergelak, saat kita bersama. Suasana dalam kelas, dirotan (sebab salah matematik), dicubit (sebab tak lulus), dipiat (sebab salah buat), di cop tangan (sebab salah tatabahasa). Tanpa itu semua aku tak mungkin akan jadi manusia, tanpa kalian aku tak mungkin akan bergelar JURUTERA. Cikgu Paijah (cikgu matematik) terima kasih atas rotan itu, Cikgu Halimah Jamhari (Pengetua) terima kasih atas cubitan itu, terima kasih cikgu-cikgu semua atas semua rotan yang kalin berikan. Bila terkenang saat itu, sayu hati mengenang kalian. Dari seorang budak yang tidak punya latarbelakanag pendidikan sains, aku berusaha untuk menjadi seorang jurutera. Dan kini dengan bangga aku ingin katakan aku seorang JURUTERA, berkat rotan, cubit, piat dan segala macam lagi. Cikgu Paijah terima kasih untuk semua tunjuk ajar dan rotan cikgu. Tanpa rotan cikgu saya tak akan lulus matematik, terima kasih Cikgu Hanimah atas rotan cikgu saya lulus Sains. Kalau boleh ingin sahaja aku menjerit dihadapan semua cikgu ‘TERIMA KASIH CIKGU’ (jujur saat ini aku hampir menangis, waktu aku menulis aku mendengar lagu YIRUMA-Our Same World).

Cikgu aku sentiasa ingat pesan kalian, agar jadi manusia.. Cikgu-cikgu semua telah memberikan yang terbaik untuk ku...
Cikgu Hanimah
Cikgu Paijah
Cikgu Normisiah
Cikgu Saadah
Cikgu Saadiah
Cikgi Bachok
Cikgu Yusof Sulaiman
Cikgu Yusof Sidin
Cikgu Ibrahim
Cikgu Noraini
Cikgu Halimah
(sekadar menyebut beberapa nama, walau tidak tercatat disini kalian tetap berjasa).


Sehelai kain putih bersih terhambar
Dihampar dihadapan mu
Dari situ jelas hanya tercalit warna mati
Warna yang tidak menampakkan keindahan
Warna yang tidak memperlihatkan keistimewaan
Tapi kau bawa aku kehadapan
Kau ajar aku
Kau paksa aku maju
Kau paksa aku untuk berani
Maju setapak demi selahkah,
Kau marah
Kau herdik
Kau hina
Kau hukum aku
Kerana silapku memegang canting
Kerana salahku menghunus tinta
Tapi kau biarkan warna itu terus kekal
Tercatan di atas kain itu
Dan kau tidak pernah bercerita kenapa begitu
Kau biarkan warna itu disitu
Terdampar memenuhi ruang
Kau ajar bagaimana mencanting leretan warna kehidupan,
Warna indah kesedihan, warna cerah kegagalan dan
Warna lembut ketabahan,

Diwaktu aku ketakutan dengan tinta dan kalam
Kau gemgam erat tanganku....
Dan kau turut sama menari melarik lakaran kehidupanku...
Kau ibarat cendana
Wangi berirama lentuk gemalai
Mengikut rentak kata tentang dunia
Indah yang membuia dagu
Kau bercerita tentang warna dunia
Kau ceritakan warna kehidupan
Warna cabaran dan
Warna masa depan...





setelah kain itu penuh dengan warna...
kau serahkan kain itu kembali padaku
dan aku tertanya untuk apa kau serahkan padaku
magis apa yang kau harapkan padaku
setelah bertahun berlalu
kini aku sedar kenapa kau serahkan kain itu kembali
kenapa kau ajarkan aku menari bersama tinta, kalam dan warna
dan kenapa kau biarkan warna kegagalan tercatan terbiar disitu
kini aku faham.....
aku faham tentang keindahannya
aku faham dengan bahasanya
aku faham dengan metadologinya
aku faham dengan warna warni itu

irama warna kala ia berbahasa mengikut alunan angin yang bertiup
kala ini dengan bangga aku kibarkan kain itu
aku gempitakan diseluruh inci dunia
tentang kain putin yang akhirnya berwana indah
penuh dengan calitan tinta dan kalam
ku kibarkan
bagai panji perang
meredah lilitan dunia
kerana dibawahnya
berdiri timbunan doamu
dan dilangit
dinaugi berkat ilmu darimu
TERIMA KASIH CIKGU
’SELAMAT HARI GURU’

Thursday, May 13, 2010

MELAYU

Entah terlalu payah rasanya untuk mentelah apa yang ada diminda orang Melayu masa kini. Saya bukan siapa-siapa, bukan orang yang berpangkat tinggi atau orang yang berharta lagi kaya raya juga berkata atas mana-mana landasan parti politik yang wujud di negara in,.juga bukan cendiakiawan atau ahli agama. Tetapi saya hanya seorang anak muda kampung yang tidak pernah tertinggal mengikuti perkembangan semasa Negara. Dari cerita bunuh, dibunuh dan membunuh, merogol dan dirogol, mencuri dan dicuri, meragut dan diragut, bayi, dibuang dan kematian tidak lupa hal politik semasa.
Kita sebagai Melayu kian jahil dengan diri sendiri, dan agama yang kita anuti. Yang berpolitik terus taksub dan tamak dengan kuasa dan harta. Saling salah, menyalahkan dan dipersalahkan. Malah sering menacari kesalahan orang lain dengan niat untuk menjatuhkkan. Yang menyokong pula, dengan sombong bodoh menyokong tanpa pernah menggunakan akal yang diaugerahkan Tuhan untuk berfikir. Otak di kepala hanya sekadar hiasan. Membabi buta mengangkat ’patung’ yang sudah jelas sanggup menggadai bangsanya sendiri dengan melelong agama demi meraih simpati. Demi ’patung’ yang dipuja, sanggup memutuskan saudara, sanggup membelakangkan agama. Asal yang dipuja berjaya, hilang saudara tidak mengapa, hilang sahabat pun tidak apa kerana boleh dikutip bila sudah berpangkat dan banyak harta. Kerana harta, pangkat dan kuasa, Melayu gelap mata dan hilang pegangan Agama. Terlalu malu rasanya diri ini untuk mengaku bahawa diri ini Melayu, kerana bila dilihat bangsa sendiri yang tertindas yang memang sengaja membiarkan diri ditindas. Menjadi pak turut yang sanggup mengganguk perkara yang jelas perlu digeleng, dan menggeleng perkara yang sudah terang perlu diangguk. Rasulullah SAW pernah ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian beliau menjawab:
“ sesungguhnya orang mukmin hikmahnya dalam solat dan puasa, sedangkan orang munafik hikmahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, disamping meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun sedangkan orang munafik terlena oleh karakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedang orang munafik mengorbankan agama untuk harta. Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut pada sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agama. Sedang orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf”.
Tidak cukup dengan itu, kerana dek terlalu taksub pada politik dan rakan seperjuangan, orang Melayu sanggup menutup mata dan mulut dari mempertahankan nama Allah diguna pakai oleh orang lain. Saya ini mungkin jahil tentang agama. Boleh juga dikatakan terlalu dangkal bercerita tentang ilmu agama. Tapi bagaimana mungkin saya boleh duduk diam dan tersenyum dan berpeluk tubuh. Saya bukan seperti mereka yang Melayu yang membenarkan nama Allah digunapakai oleh agama lain, atas dasar persahabatan, atas dasar kepentingan politik,atas dasar majoroti undi, atas dasar kerusi empuk di Parlimen. Biar agama sendiri digolok gadai yang penting hati rakan sepolitik perlu dijaga, perlu dihormati. Yang berkopiah, yang berserban, yang berjubah yang berjanggut turut tunduk tak berbahasa, takut hati kawan terluka dan terasa. Andai ada sahabat sebumbung yang menyuarakan bantahan akan dipulau, akan disingkirkan akan dihalau dari bumbung tempat dia bernaung. Bagi yang sayangkan kuasa, peganggan dan pendirian agama yang dipegang, dilipat , dikunci dan ditutup rapat-rapat. Allah Azza Wa Jalla berfirman :
“ Kemudian sesudah mereka itu menggantikan kaum jahat, yang mempusakai kitab, mereka mengambil harta benda yang buruk lalu katanya. “Nanti Allah akan menampuni kami.”
(Surah Al-A’raf : ayat 169)
Iman Ghazali dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub memberi maksud pada ayat tersebut : mereka itu para ulama, namun hatinya telah terpikat keada dunia dan tidak mengira sama ada halal atau haram. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda yang dirawikan oleh Ma’qal bin Yassar:
“ akan datang kepada manusia zaman di mana Al-Quran dijadikan seperti pakaian dikenakan pada badan oleh pemimpin. Semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah. Jika salah seorang dari mereka bersikap baik, dia berkata. “Allah menerimaku.” Dan jika berbuat jahat, dia berkata, “Allah akan mengampuniku.” Maka mereka meletakkan tamak, tempat khauf (takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman-ancaman Al-Quran dan ayat-ayat di dalamnya.”
Baginda juga bersabda : “ diakhir zaman, akan ada orang-orang bodoh dan ulama-ulama fasik.”baginda bersabda lagi : “jangan kau pelajari ilmu untuk menjadi ulama, mempermainkan orang-orang bodoh dan mencari perhatian orang. Siapa berbuat demikian, nerakalah tempatnya.” Harus apa lagi yang perlu diperkatakan, wahai Melayu bukalah mata, bukalah minda. Jangan tutup mata hati kita dengan ketaksuban kuasa dan harta hingga lupa akidah dan pegangan agama.
Makin difikirkan makin tidak jelas, kadang-kadang kebodohan itu jelas terserlah hanya kerana keinginan berkuasa dan gila kuasa dan sukakan perhatian. Tapi dari apa yang saya faham mereka ini sebenarnya satu puak dalam kalangan bangsa Melayu yang sombong bodoh dan jahil dengan ‘sejarah’ bangsa mereka sendiri. Mereka yang hanya memandang kehadapan dan mendongak kelangit. Tanpa pernah memandang kebelakang buat seketika dan memerhati apa yang telah terjadi sebelum ini. Dan mereka yang tidak pernah teringin memandang kebawah melihat dimana dia berpijak dan apa yang dipijak tika ini. Pelajarilah sejarah, fahami sejarah. Fahamilah hikmah Allah menjadikan sejarah itu. Sejarah itu juga sebenarnya panduan hidup untuk masa depan, sejarah juga adalah peringatan kepada kita pada masa kini. Kembalilah kepada Al-Quran, dan fahamilah Ia ,rujuklah Ia kerana Al-Quran juga merupakan kitab sejarah . Jadi kenapa terlalu bodoh mudah percaya kepada anasir jahat, pada ‘boneka’ yang berkompang irama perang terhadap bangsa sendiri?, pada ‘patung’ yang melantunkan suara perpecahan dan keruntuhan bangsa sendiri? Kenapa mudah terpengaruh dan percaya kepada bangsa ‘asing’ yang sudah termaktub dalam sejarahnya suka memecahbelahkan dan memporakperandakan bangsa sendiri untuk keuntungan bangsa mereka? Kenapa mudah percaya dengan tukang karut yang mencanang untuk memajukan Negara, tapi dengan jelas dan terpanpang di depan mata, kerana kerakusannya mengejar kuasa sanggup menggadai bangsa dan agamanya?. Wahai bangsa Melayu, bacalah kembali sejarah, siapakah orang Melayu yang membuka kota Melaka sehingga Melaka dan Tanah Melayu dijajah sehingga lebih 400 tahun? Bacalah sejarah kenapa dia membuka kota Melaka. Dek kerana dendam dan tidak puas hati, dia membiarkan Melaka dan bangsanya dijajah hanya kerana kepentingan peribadi. Bacalah sejarah bagaimana Kedah kehilangan Pulau Pinang, bacalah sejarah bagaimana Johor kehilangan Temasek, bacalah sejarah bagaimana Perak dikuasai ‘orang puteh’ bacalah sejarah bagaimana Tanah Melayu diperkotak katikkan, kekayaan Tanah Melayu dikaut dibawa keluar? Kalau bukan oleh ‘Melayu’ itu sendiri. Hanya kerana gila dengan kuasa, gila dengan nama, gila dengan pangkat dan harta, mereka-mereka ini sanggup berperang dengan saudaranya sendiri, berparang dengan orang yang sebangsa dengannya, bersilat dengan orang yang seagama dengannya, berpaling muka dengan orang yang bertutur sebahasa dengannya. Sanggup melutut dan menyembah ‘orang luar’ asal dapat apa yang dihajati. Tidakkah mereka-mereka ini membaca titah Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim pada 27 Mac 2010 lalu, ‘jika kita mahu memilih pemimpin Negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain’. Fakir-fikirkan wahai ‘Melayu’, kenapa Baginda bertitah demikian? Dan sekarang bukalah mata kita lihatlah siapa pula orang dizaman kita ini yang berperilaku seperti itu? Bukan menuduh atau menyalahkan, tetapi teori ‘sejarah mungkin berulang’ tidak mustahil akan berulang. Sama cuma zaman yang berbeza. Sedangkan sejarah yang berlaku sejak zaman Nabi adam yang tercatat dalam Al-Quran itu juga terjadi berulang kali inikan pula penjajahan negara kita. Andai dia berada pada pihak yang benar buktikan kebenaran itu, kenapa perlu berdolak, kenapa perlu berdalih, kenapa perlu menyembah ihsan orang yang pernah menjajah. Apa perlu membuat tawaran dengan menggadai maruah bangsa dan menjaja agama sendiri untuk kepentingan peribadi?. Mohon diingat kita ini mungkin sesetengahnya lupa pada sejarah, tapi orang-orang yang pernah menjajah kita tidak pernah lupa akan sejarah bagaimana kita dijajah. Mereka sentiasa mencari peluang dan ruang bagaimana untuk menjajah kembali.Pelanduk mungkin akan melupakan perangkap, tapi perangkap tidak pernah melupakan pelanduk.
Adakah itu tidak cukup untuk membuat bangsa Melayu ini sedar dengan propagandanya?. Dan kenapa harus kita percaya pada dakwah dan dakyah seorang ‘boneka’ yang berjuang untuk kepentingan peribadinya. Dan kenapa harus kita percaya bulat-bulat tanpa berfikir dan membuat timbangtara dengan telus segala bentuk bacaan dalam blog atau laman web, segala isi ceramah yang kita dengar? Belajarlah mentafsir isi tersirat dan tersurat. Bukan hanya menerima dengan bulat-bulat. Kerana berfikiran dangkal, kerana otak yang senteng, kerana kuasa, kerana harta, kerana pangkat, kerana nama, kerana sombong bodoh, kerana buta sejarah kita mengikut kata mereka sehingga sanggup berkempen membakar Utusan Malaysia. Saya cukup pasti mereka yang dengan bangga memegang dan membakar Utusan Malaysia itu adalah manusia-manusia berbangsa Melayu yang tidak tahu sejarah, buta sejarah sombong lagi bodoh. Tidakkah mereka sedar bahawa akhbar yang mereka bakar itulah yang membela nasib mereka. Akhbar yang mereka bakar itulah yang telah menjadikan mereka antara orang yang terpelajar, akhbar yang mereka bakar itulah yang manjaga kedaulatan, hak dan kepentingan Agama, Sultan dan bangsa Melayu mereka. Tidaklah mereka sedar akhbar inilah yang akan membela nasib anak cucu mereka kelak. Akhbar inilah yang akan memastikan keturunan mereka terbela. Kenapa perlu lebih yakin dengan akhbar bahasa lain yang kononnya lebih telus, lebih jujur. Itulah akibatnya terlalu bangga dengan bahasa asing hingga jahil mentafsir propaganda dan provikasi tersirat. Boleh juga diandaikan ‘mereka-mereka’ ini masih belum khatam mengaji bahasa Melayu dalam bab mentafsir isi tersurat dan tersirat, tetapi berlagak kononya sudah mahir mantafsir bahasa asing yang tertulis di ‘bintang’. Dan ‘mereka-mereka’ ini tidak sedar mereka diperbodohkan dan dipermainkan oleh sesetengah golongan untuk menjatuhkan tamadun madani bangsa Melayu mereka itu sendiri. Aduh kenapa jahil sungguh orang-orang yang mengatakan mereka ini sudah dewasa? Dengan bongkak dan berlagak kononnya lebih dulu makan garam dari anak muda. Tapi tidak sedar diri dipermainkan orang lain. Orang lain melihat diri mereka ibarat lembu yang dicucuk hidung. Mengikut sahaja kemana ’si pemain’ menarik mereka untuk dilagakan. Dengan harapan selepas penat menanduk bangsa sendiri, tekak akan dijejal dengan kemewahan dan kuasa.
Wahai ‘Melayu’ yang sibuk berkempen, mencanang berita kosong, berkompang sampai kebas tangan, mengetuk gong sampai lekuk. Tumpukanlah pada Melayu muda masa kini. Lihatlah dek kerana kalian terlalu ghairah berkempen menyokong seorang ‘mahluk’ yang berjuang untuk kepentingan peribadinya, generasi kita makin terhakis. Yang dewasa memukul gong dan canang berkempen tak tentu hala, tidak tahu mana hujung yang mana mula, yang muda berpesta dari terbenam fajar senja sampai menyinsing cahaya dhuha, yang remaja berpeleseran tidak tentu masa, tanpa sedar hukum hakam agama, yang kanak-kanak terbiar melarat tak berpegangan agama. Hingga merudum akidah dan moralnya. Antara zuriat dan sampah, antara kanak-kanak dan batang pisang tidak tahu apa bezanya . Dibuang sesuka hati, disepak terajang tanpa sedar diri. Yang dewasa buta sejarah dan dangkal pegangan agamanya. Yang muda buta segalanya hingga tidak tahu agama yang mana halal yang mana haramya. Yang lelaki sudah tidak sedar ‘lelaki’ bukan bukan milik mereka. Yang perempuan tidak sedar maruah dan kehormatan diri perlu dijaga. Yang kanak-kanak dijadikan tempat melampias nafsu dan hamba. Yang berpasangan tidak sedar batas-batas agama. Harus yang mana lebih penting? Bergambar ramai-ramai sambil membakar Utusan Malaysia atau membaca dan memahami tiap isi frasa tersurat dan tersirat serta falsafah perjuangannya? Yang mana lebih utama. Berkempen, berpolitik membabi buta pada perjuangan peribadi yang kosong atau berjuang bersama-sama membela agama dan bangsa? Yang mana perlu didahulukan, berkempen pada perjuangan yang sia-sia atau berkempem membenteras keruntuhan moral anak bangsa? Yang mana lebih berharga nasib bangsa Melayu atau mengumpul harta dunia? Yang mana lebih bernilai Ketuanan Melayu atau kuasa kerusi empuk parlimen yang memberi ‘nama’? Yang mana lebih penting kemajuan bangsa sendiri atau membiarkan bangsa lain maju dengan memperkotak katikkan bangsa sendiri? Anda baca, anda soal, anda jawab dan anda nilai-nilaikan. Fikir-fikirkan, bukan sekadar untuk diri anda sahaja tapi fikir-fikirkan untuk kelangsungan agama,bangsa dan negara anda pada masa depan.

GADOH

GADOH
Salam,
Rasanya sudah lama juga aku tak berbicara tenang filem. Kali nie aku nak bercakap tentang sebuah karya bebas. Atau orang sekarang akan cakap filem indie. Mungkin ada ramai yang diluar sana sudah pun menonton filem ini, melalui medium yang pelbagai. Apa yang nyata karya ini tidak dibenarkan untuk tayangan umum. Ianya kerana menyentuh sensitivity kaum. Entah, kalau ditanya aku sendiri heran kenapa karya ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Sedangkan ia menyentuh banyak hal yang selama ini menjadi isu tabu dalam masyarakat kita. Malah karya ini juga bercakap secara jujur. Bercakap tentang kebenaran yang selama ini ramai orang takut untuk persoalkan.
Aku bukan Melayu yang liberal atau juga Melayu yang secular. Jika ditanya pendapat peribadi aku sendiri mengakui tentang hal sama dalam karya ini. Kenapa harus orang Cina menguasai kekayaan dan juga ekonomi, dan kenapa melayu harus menjadi orang kelas kedua dalam hal ekonomi. Dan kenapa orang india menjadi orang kelas ketiga, sepertinya dipinggirkan. Orang cina sudah mengaut semua keuntungan, tapi kenapa masih merebut hak orang melayu. Kenapa orang cina perlu menguasai segalanya, dan kenapa kita orang melayu harus mengikut telunjuk mereka. Dan sering kali isu ini menjadi topic yang perlu diperdebatkan sehingga mengheret pergaduhan perkauman. Pada aku semua ini perlukan persefahaman. Orang cina baik orang india harus faham tentang kedudukan mereka. Mereka diberi taraf kerakyatan, dan mereka diberi kebebasan yang sama seperti orang melayu. Dari segi social mahupun agama. Dan mereka tidak boleh manafikan hak orang melayu, tantang risda, felda, tentang subsidi, tentang royalty, tentang rizab melayu. Kerana ini adalah satu system pertahanan untuk mengekalkan melayu terus wujud. Satu fakta yang perlu mereka sedar adalah melayu merupakan penduduk asal tanah ini. Jadi kenapa perlu mintak lebih dari tuan tanah. Kami bukan tuan tanah kedaung. Tapi kami beri apa yang sepatutnya diberikan. Dan jangan minta yang lebih dari yang sepatutnya. Bagi yang melayu pada nama yang berjuang kononnya untuk kesamarataan dengan bangsa lain, bukalah mata. Ingat senang ker Dato Onn dulu nak fkirkan tentang hak orang melayu nie? Untuk apa dia fikirkan semua ini.
Karya ini jujur. Pengkarya sebenarnya memperlihatkan sebenarnya berpunca dari system pendidikan kita sendiri. Kita yang tidak pernah nak mengajar akan anak-anak kita tentang persefahaman ini. Mangajar generasi muda kini tentang menghormati hak orang lain. Kami melayu berlaku adil. Dimana adil itu bermaksud meletakan sesuatu itu benar pada tempatnya. Dalam karya ini, kita diperlihatkan bagaimana generasi muda ini berfikir. Darimana punca dan bagaimana untuk mengatasi semua ini. Kalau dilihat dari karya ini, walau dalam situasi bagimanapun melayu tetap akan menjadi pemimpin. Tapi secara sinisnya ia juga memperlihatkan melayu itu walau sudah menjadi pemimpin masih tidak punya peganggan dan masih jua mengikut telunjuk orang lain. Satu perkara lagi yang perlu kita akui, bukan orang cina atau india yang menjahanamkan atau yang menjatuhkan orang melayu, tetapi orang melayu itu sendiri. Malah dalam sejarahnya juga sudah terbukti begitu. Untuk hidup, orang cina terpaksa berusaha untuk mencapai taraf kehidupan yang mereka inginkan. Dan kita orang melayu untuk mendapat taraf hidup yang mewah perlu menjadi barua pad orang lain, atau menjatuhkan melayu dulu. Lebih suak dengan benda kerja yang mudah tanpa perlu berusaha. Dan kita memandang orang cina mengaut semuanya, sedangkan kita ini hidup hanya bersandarkan kepada ‘tongkat emas’. Bila tongkat ditarik balik meraung meraba mencari kehidupan. Dan jari sudah semestinya menunding pada bangsa lain. Pendek kata ‘malas’ nak berusaha. Buka mata kita kenapa orang cina yang tidak punya kelebihan boleh menguasai ekonomi dan juga boleh hidup mewah. Dan buka mata kenapa TUAN TANAH macam kita nie hidup merempat di tanah air sendiri? Cuba belajar untuk tidak menyalahkan orang lain, dan belajar menyalahkan diri sendiri dulu.

KENAPA?

KENAPA?

Entah kenapa Sperm mudah terusik, malah sejak dari dulu lagi Sperm mudah terusik, dengan apa situasi pun. Hati kecil ini mudah benar bergetar adn meruntun kesedihan. Kesediahan melihat kesediahan orang lain, kesedihan dengan kenangan silam, kesedihan dengan kekecewaan, kesedihan dengan kecewa cinta. Cinta memang benar-benar membunuhku.
Kerana kecewa cinta Sperm manjadi insan lain, Sperm menjadi sesaorang yang begitu asing. Hingga Sperm sendiri mula tidak mengenali siapa Sperm. Dan kenapa Sperm tidak seperti dulu. Adakah Sperm sememangnya dilahirkan bukan untuk seorang wanita? Adakah Sperm lahir hanya untuk melihat perempuan yang Sperm cintai, perempuan yang Sperm sayangi bahagia dengan orang lain? Kenapa Sperm tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu berlaku, dan terusan berulang? Adakah salah untuk Sperm berpegang pada kata yang Sperm tak mampu untuk menghalang orang lain dari mencipta bahagianya sendiri? Adakah salah bagiku yang tidak suka akan permusuhan? Adakah Sperm sememangnya dilahirkan hanya untuk membantu orang lain bahagia, tapi merelakan diri sendiri kecewa?
Kenapa kebelakangan ini hati Sperm mudah terusik dengan lagu yang membuai jiwa? Kanapa Sperm mudah terasa sedih? Dan membiarkan diri lebih selesa bersendiri. Seolahnya tiada perempuan yang selesa dengan diri Sperm. Tiada perempuan yang akan bahagia dengan Sperm. Salahkah Sperm kerana tidak pandai ‘bergayut’ berjam lamanya berborak mengenai sesuatu yang kosong? Salahkah Sperm kerana tidak pandai ‘bermasege’ berbaris panjang? Salahkah Sperm untuk menjadi diri sendiri? Salahkah Sperm? Salahkah Sperm? Salahkah Sperm andai diwaktu kerja Sperm komited dengannya? Salahkah Sperm menyelesaikan masalah sendiri? Salahkan Sperm memendam segala yang Sperm rasa? Salahkan Sperm menyimpan masalah? Salahkah Sperm? Salahkan Sperm?
Adakah masa becinta perlu dikongsi semuanya? Adakah masa bercinta perlu dicerita semuanya? Adakah perlu masa bercinta perlu diluah segalanya? Salahkah Sperm menjadi diri sendiri? Apakah wajib hanya lelaki sahaja yang perlu memahami perempuan? Memahami kehendak mereka? Emosi mereka? Perasaan mereka? Masalah mereka? Tapi bagaimana dengan Sperm? Emosi Sperm? Perasaan Sperm? Adilkah ini semua? Sperm sering disalahkan kerana semua ini? Adilkah semua ini? Hanya Sperm yang perlu memahami perasaan perempuan, hati perempuan, emosi perempuan. Jadi bagaimana dengan Sperm? Sperm menjaganya sendiri tanpa perhatian perempuan bergelar ‘kekasih’. Namun tetap juga Sperm dipersalahkan. Jadi harus yang mana perlu Sperm lakukan?
Argh....perempuan kenapa kalian sering mengecewakan Sperm? Kenapa kalian jadikan Sperm mangsa? Kenapa kalian permiankan perasaan? Hingga Sperm putus harap pada cinta. Adilkah semua ini?

MENCARI

Mencari barang yang hilang mungkin mudah, mungkin jua gampang. Tapi bagaimana pula dengan halnya mencari ‘cinta’ atau mencari ‘diri sendiri’? seumur hidup Sperm hanya mengahambakan diri untuk mencari siapa Sperm, dan dimana mana cinta. Saban saat Sperm meneroka tiap ruang dalam hidup ini. Tiap inci kehidupan Sperm mencari dimana cinta Sperm tersembunyi. Siapa dia, dimana dia, darimana dia datang. Segalanya…tapi Sperm masih jua tidak bertemu. Sperm kian letih....keletihan mencari dua perkara, dua benda yang Sperm sendiri tidak tahu hendak dimula dimana.
Sperm hanya ingin manjadi diri Sperm sendiri, Sperm hanya ingin manjadi Sperm. Sperm hanya ingin mereka menerima Sperm seadanya. Sperm hanya ingin mereka faham Sperm sejujurnya. Sperm hanya ingin mereka melihat Sperm setelusnya. Kenapa Sperm hanya mampu menyimpan dan hanya mampu meyembunyikan. Tapi tidak mampu untuk meluah dan tidak mampu meceritakannya? Tiap sudut dalam hati Sperm kini kian mejadi gelap. Kian meyuram, kian menyepi, kian menyendiri. Kesepian itu telah meragut kehidupan Sperm.
Sperm hanya ingin mereka menerima kesunyian sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kesibukan sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kegemaran sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kerja yang sperm laksanakan. Adakah terlalu sukar untuk memahami kesibukan kerja sperm? Adakah terlalu sukar untuk memahami siapa sperm? Adakah hanya sperm sebagai lelaki yang harus berubah dan menerima ’perempuan’ seadanya? Adakah hanya sperm yang perlu menerima memahami ’perempuan’ seadanya dari kegemaran, dari kebencian, dari kehidupan dan segalanya? Adilkah memperlakukan lelaki seperti sperm yang sudah sedia terhidang didepan mata mereka sedia hilang dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sperm?sperm hanya ingin mereka memberi ruang untuk itu dalam diri mereka. Tapi nyata kenapa hanya sperm, hanya lelaki yang perlu dipersalahkan? Adakah alasan perempuan insan yang lemah dan mereka punya hati yang mudah terusik perlu dijadikan benteng menghalalkan apa yang mereka tuduhkan terhadap lelaki seperti sperm? Adilkah itu?
Terlalu letih rasanya mencari, terlalu penat rasanya menyendiri. Mana mungkin dapat sperm tahan perasaan in saat melihat teman-teman bergembira bersama dengan keluarga yang dibina melihat zuriat yang berlari riang. Mana mungkin dapat sperm tahan naluri sperm dengan semua ini. Sperm jua ingin bahagia, sperm juga ingin gembira, dalam suasana yang sperm bina sendiri. Tapi kenapa ia masih belum sampai, kenapa ia masih belum tiba. Namun sperm manusia dan juga lelaki yang punya akal yang waras. Mungkin Tuhan ingin menguji sperm, mungkin juga belum tiba masanya untuk sperm kearah itu. Mungkin sperm perlu mengukuhkan diri sperm dulu. Membina keyakinan, membina diri, membina ketahanan dalaman. Sebelum sperm bisa mengalas dijemala sperm ini bergunung beban sebagai seorang lelaki yang membawa gelaran ‘Suami’ dan ‘Abah’.
‘aku mencintai mu kerana agamamu, andai kau melupakan agamamu, maka hilanglah cintaku terhadapmu’ Iman Nawawi.

SEPI

Sepi sesuatu yang cukup aku takutkan suatu ketika dulu, malah hingga sekarang aku masih lagi terigau dengan sepi. Kesepian yang telah membuatkan aku kehilangan banyak benda. Sepi yang telah meragut banyak kenangan dan juga yang telah membunuh kebahagian.
Tapi itu dulu sebelum aku benar-benar kenal dengan dunia ini. Sebelum aku kenal dengan kehidupan, sebelum aku faham tentang dunia, sebelum aku faham dengan kehidupan. Sepi ini hampir sahaja membunuh kehidupanku. Malah sepi juga hampir membuatkan aku hilang arah. Sepi juga yang telah membuatkan aku tidak dapat menikmati kebahagiaan dengan insan yang aku sayangi. Tapi kenapa tuhan menciptakan satu perasaan yang bila orang merasainya, seseorang itu akan putus asa, seseorang itu akan menitiskan air mata, seseorang itu akan menyendiri, seseorang itu akan melayan perasaannya, seseorang itu termenung. Kenapa tuhan menjadikan satu perasaan yang boleh membuatkan kita putus asa?
Entah aku sendiri tidak punya jawapan yang begitu khusus tantang sepi. Aku hanya bercakap berdasarkan kepada apa yang aku alami. Kehidupannku tidak perlah lari daripada sepi. Ia akan sentiasa membuntili aku, walau kemana pun aku berada. Malah aku sudah biaa dengan sepi .Ibaratnya sepi itu sebahagian daripada kehidupanku. Malah aku rasakan hidupku tidak lengkap tanpa sepi.
Tapi sepi inilah yang telah membantu aku untuk mengenali diriku sendiri. Malah sepi juga yang telah membantu aku untuk hidup. Sepi membuatkan aku berfikir untuk apa aku di dunia fana ini. Sepi mengenalkan aku dengan siapa kawan dan siapa lawan. Sepi memperlihatkan kepada aku kenapa kita mesti menerima kehilangan, menerima kesedihan.
Percayalah sepi itu sebenarnya mendamaikan. Sepi membenarkan kit untuk berfikir dengan waras dan matang. Dan sepi juga dapat membantu kita mengenal siapa kita dan untuk apa kita idup. Sepi itu indah sebenarnya. Percayalah.... pada sepi itu dan ia akan membawa kita menyelusuri kehidupan lampau kita hingga kita akan sedar mengapa kita berada disini.

Monday, April 5, 2010

Ubah Diri Sebelum Ubah Masyarakat

Ubah Diri Sebelum Ubah Masyarakat

Ramai orang meminta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa gedil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?
Ramai kata, semua kene berubahlah. Sebenarnya rahsia perubahan bernula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah.
Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jikan hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita.
Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak manghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri.
Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri.
Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Sesungguhnya Islam itu nasihat”.
Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks.
Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman.
Orang tua hebat juga ialah mereka yang mamahami serta menghormati perasaan remaja.
Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah.
Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payang untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita.
Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu.
Ramai orang berkata “payahnya hendah ubah remaja”, “ isteri degillah”, “pekerja keras kepalalah”. Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain.
Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin carapenyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya.
Kita banyak juga mengajak tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrontasi. Sayangilah, jangan membeni. Perubahan bermula dari diri sendiri.

Harian Metro 20.april 2010,Tazkirah Remaja : Ustz Mohd Zawawi Yusoh

Sunday, March 28, 2010

Ramai yang bertanya dengan aku,kenapa aku suka keluar dengan budak-budak. Bukan sahaja kenalan universiti malah mak bapak budak pon tanya anak mereka, kenapa abang Sam@ abang E yang dah ‘tua’ umor dah ?? masih nak keluar dengan budak sekolah?

Dalam hal macma nie kekadang aku sendiri tak ada jawapan tepat. Tapi sejujurnya aku lebih suka keluar dengan mereka dari aku buang masa dengan rakan sebaya aku yang hanya bersembang tentang hal yang membosankan.

Mungkin juga sukar nak membuat mak ayah paham kenapa aku suka keluar dengan anak mereka. Tapi percayalah kalo tak keluar dengan anak mereka aku akan keluar dengan anak orang lain lak hehehe….

Entah aku sendiri pon pelik sebenarnya kenapala aku lebih gemar hang out gan diaorang dari aku hang out gan member lain. Tapi aku ada sebab aku sendiri. Ramai yang tahu aku sendiri ada adik yang lebih kurang sebya dengan mereka. Dan aku layan mereka macam aku layan adik-adik aku sendiri. Jadi akau tak tahu apa bezanya. Mungkin orang nampak pelik orang yang usianya macam aku boleh melepak dengan budak. Sedangkan cikgu yang lagi muder dari aku pon lebih suker berkepit dengan awek. Entah nak kata aku melepak dengan diaorang sebab aku baru lepas putus gan awek aku tak jugak. Sebab maser aku masih stay gan awek lama pun aku melepak gan diaowang. Yer la…dah awek aku kerja jauh. Tapi yang aku paling takutkan salah paham orang. Yer la…ner la tau diaowang ingat aku ni keluar gan anak mereka sebab aku nak wat anak mereka akunyer koleksi ‘anak ikan’? Nauzubillah! Tidak pernah aku terpikir kesana. Aku masih waras lagi.

Tapi sejujurnya seperti mana yang pernah aku katakan sebelum ini, aku punya adik yang umurnya lebih kurang sebaya dengan mereka. So bergaul dengan mereka aku makin paham kehendak dan naluri keremajaan mereka. Apa yang mereka suka buat, apa yang tak mereka tak suka buat. Bergaul dengan mereka sebenarnya membantu aku untuk memahami dunia remaja itu sendiri. Keluar dengan mereka, mereka akan bertanya dengana aku tentang dunia orang dewasa, dan aku pula akan bertanya dengan mereka tentang dunia remaja mereka. Persahabatan aku dengan mereka unik dan bermanfaat, mungkin mak dan ayah mereka tak paham kenapa aku buat begini. Tapi persahabatan aku dengan anak mereka sebenarnya memberi ruang pada remaja ini meluahkan pendapat mereka tentang sesuatu isu dari sudut pandang mereka. Dari hal politik, isu semasa, masalah remaja hingga kerjaya. Aku membantu mereka memahami sesuatu isu itu dan memperbetulkan pemahaman mereka dari pandangan kaca mata mereka sendiri. Sebagai contoh, persoalan kenapa cikgu selalu marah tentang hal kerja rumah, dan juga pakian mereka. Wal hal itu tidak menganggu penumpuan mereka pada pembelajaran. Dalam hal ini mana mungkin seorang pelajar akan bertanyakan soalan yang sama pada cikgu mereka. Jadi aku membantu mereka memahami kenapa, mengapa dan apa.

Berdasarkan kepada kata-kata Dato Dr Saifuddin timbalan menteri pelajaran, ada benarnya. Remaja ini ingin kita paham mereka, remaja ingin kita dengar pendapat mereka, remaja ini mahu keinginan mereka dipenuhi. Mereka ini selalu meluahkan kenapa mak dan ayak selalu marah, cikgu selalu marah tentang hal pelajaran, tuisyen dan sebagainya. Dan aku membantu mereka memahami tentang kepentingan pelajaran itu, tentang perihal peraturan, adap sopan dan tatasusila. Kenapa tidak boleh itu dan kenapa tidak boleh yang ini. Aku membantu mereka memahami sebagai anak dan pelajar, mereka punya tanggungjawab. Belajar dan memastikan mereka berjaya dalam pelajaran dalam melangsungkan hidup. Mereka mungkin tidak jelas, kenapa perlu kesekolah dan belajar. Untuk apa mendapat 10A, untuk apa masuk universiti dan untuk apa mendapat kerja yang baik dan hebat. Diusia mereka ini, mereka hanya menginginkan untuk hidup bebas dan gembira bersama teman-teman. Sebagai orang yang kian mendewasa, menjadi tugas aku membantu mereka. Agar mereka tidak tersalah melakukan sesuati. Kerana aku juga pernah melalui zaman remaja. Namun remaja aku tak sama dengan remaja mereka, yang penuh dengan cabaran, provokasi, idoelogi, kejutan budaya, serangan minda dan emosi. Dan menjadi tugas orang-orang yang diluar ini membantu. Kita kene sedar satu perkara, seperti mana yang pernah dikatakan oleh Imam Ghazali, kalau kita inagin melihat jatuh bangun sesautu bangsa itu, lihatlah generasi mudanya waktu ini. Kalo kita rasa remaja kita ni cukup baik mungkin kita tak perlu risau. Tapi bacalah dimana-mana akhbar, rogol, liwat, dadah, mencuri, merompak, berjudi, clubbing, lumba haram, lari dari rumah, zina buang anak dan lain-lain lagi. Agak-agak kita yang dah berusia nie boleh bayangkan tak 20 tahun dari sekrang apa akan jadi dengan bangsa MELAYU? Lagi satu aku juga berpegang pada kata-kata Saidina Umar, “ ajarlah anak kamu mengikut zamannya, bukan mengikut zaman kita”.

Sebenarnya bergaul dengan mereka bukan mudah, tetapi memahami mereka sebenarnya cukup mudah. Hanya benarkan diri kita untuk mendengar apa yang ingin mereka luahkan. Beri masa untuk diri kita memahami apa yang mereka sampaikan dan insyaalllah kita akan mengerti kenapa, apa dan dimana. Dan jika memberi ruang pada mereka untuk bersuara, percayalah mereka akan memberi kita ruang dalam diri mereka. Dan mereka akan belajar untuk memahami kita orang dewasa. Tapi yang cukup istimewa mereka akan menghormati kita dan bukan takut pada kita. Selain itu mereka bukan sahaja akan anggap kita sebagai abang, kakak, pakcik tapi lebih dari itu. Mereka akan anggap kita sebagai kawan mereka. Best wo...!!!