BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 3, 2011

:::TERIMA KASIH:::

Keindahan Aidilfitri kali ini mungkin disebabkan mereka, terima kasih kerana memberikan aq sdikit ruang untuk aq menikmati keindahan Aidilfitri dan menumpang kegembiraan kalian. Terima kasih Fuad, Iqbal, Shawal, Amy, Zam kerana memberi ruang untuk aq menikmatai sehasta kebahagiaan syawal tahun ini. Nyatanya syawal mendatang pastinya tidak akan seperti ini lagi…..

:::SUNYI:::

Pernah aq terjemahkan dulu bahawa sunyi itu indah lagi mengasyikkan. Tp bukan kesunyian. Kesunyian itu membunuh, malah merupakan pembunuh yang seiring namanya. Membunuh perasaan, membunuh hati, membunuh kenangan. Sepertinya waktu ini aku berada disekeliling manusia yang punya kehidupan. Berdiri ditengah-tengah hiruk sesak kegembiraan mereka. Melihat mereka tertawa, melihat mereka senyum, melihat mereka meluahkan rasa sayang dan cinta pada pasangan,melihat mereka menterjemahkan perasaan itu, melihat mereka melantun, melontar kata sayang, cinta dah kehidupan. Aq berada ditengah-tengah dan bersorak melihat kebahgiaan mereka. Sedang aq sebenarya sendirian….aq tak mampu nak tersenyum seperti mereka, aq tak mampu untuk bahagia seperti mereka, aq tak mampu untuk hidup seperti mereka, aq tak mampu berbuat sepertimana mareka. Aq tiada kelebihan yang boleh dibanggakan, aq tiada keistimewaan yang boleh membahagiakan orang. Aq ibarat parasit……………

:::Hari Raya:::

Setiap hari raya pasti akan ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama-sama. Seperti biasa aq akan pastikan setiap kali raya akan ada perubahan, dan aq akan pastikan aq yang memulakannya. Melihat bermula dan menanti kesudahannya. Dan setiap kali itu juga pasti akan ada kejutan. Tidak kira kejutan yang baik atau sebaliknya. Pastinya Aidilfitri akan begitu. Dan pada kebiasannya penghujung cerita pasti tidak akan seperti yang aq inginkan.