BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 26, 2008

Percaya atau tak?

Salam....
samaada korang percaya atau tak, skarang nie aku gan mmber aku ondaway nak g umah kawan aku. almaklum ari nie dia sanding. time aku menaip nie aku kat kete. hahahaha......!
well ramai mmber aku dah kawen, nak2 junior aku lak tu. soklan maut akan kuar biler jumpa diaorg....bile nak kawen? huhuhuhuhu......
aper jawapn aku? tunggu........
nanti aku bagu kowang briter terkini....
ciilieo!

Wednesday, December 17, 2008

-Cuti.....

pergh...jumaat nak cuti, tapi cuti dah abeh nie. aper cer?
nak g genting lak tu. huhuhu....wa nak g genting...tapi bukan sebab nak oliday. tapi sebab ader PAT GPMS. huhuhu maner nak g cari mc?

Monday, December 15, 2008

-My Bali Pic-






Sunday, December 14, 2008


























Ex-Aweks…

Hidup lelaki tak lengkap tanpa perempuan, macam tu jugak sebaliknya. Selama aku idup nie bermacam perempuan yg aku jumpa. Tapi yer la…dah namernyer pon berchenta, belom tentu akan sampai kejinjang pelamin. Gambo yg korang tengok nie adalah sebahagian koleksi bekas awek yg aku ader. Almaklum la…awek lain dulu tak amek gambo guner kemere digital. So yg aku leh masukkan dalam nie, sebahagian jer. Huhuhu…enjoy geng!

Mak aku cakap aku nie ramai sangat perempuan simpanan, huhuhuh…..ilang sowang, abes edah (frust) dah ader pengganti. Hehehe…almaklum stok banyak! Yea hu….!!! Jangan marah ha…!!

Awek skang? Eh dah ader dah. Tapi kali nie aku tuko pendekatan. Aku dah malas nak berchenta, skang aku nak cari stok untuk bini lak. Dah malas nak cari yang seksi, yg hot, yg cantik. Aku nak cari pompuan yg tau masak, yg tau kemas rumah, yg tau jaga budak. Alhamdulillah aku dah jumpa. Awek aku skang nie kerja freelance, tapi fulltime dia, wat kek dan jaga budak kira ok la tu. Gamba dia? Tunggu…..!!!

Motivasi...

Motivasi/Bina Semangat….

Dalam bercerita tentang hal nie, mungkin ramai yg tak suker. Tapi entah kenapa aku suker sangat dengan benda nie. Mungkin disebabkan aku pernah melalui kehidupan yg sukar dan aku berjaya bangkit, jadi aku nak kongsi bersama dengan orang lain. Tapi ader betulnya. Seseorang yang berjaya pada hari ini berdiri diatas runtuhan kegagalan yang pernah mereka lalui. Macam tu jugak dengan aku.

Sekarang aku bekerja dalam bidang yg professional, well…cewah! Jurutera la senang cite, kalo nak tengok back ground aku, sebenarnya aku tak layak. Yer la mana mungkin budak sastera macam aku leh lompat masuk engineering? Pelik tapi percayalah. Subjek yg aku amek maser SPM tak der satu pon yg sangkut paut dengan engineering. Kalau ader pon lukisan kejuruteraan. Matematik pon stakat kredit jer, sains pon sama. Subjek lain tak berkaitan dengan kejuruteraan pon. Ekonomi, Geografi, Pendidikan Seni, ahaks…! Tapi macam mana aku leh lompat ‘parti’?

Jujur la maser aku sekolah dulu aku tak tau menahu pon pasal kejuruteraan, jauh sekali jawatan ‘Jurutera Awam’. Tak didedahkan langsung maner aku nak tau. Semua nie bermula bila pengetua aku jumpa budak form 5 sowang-sowang. Aku memang respek gile gan dia. Walaupon dia pompuan tapi dia take care tol kami budak form 5 nie. Lepas trial SPM dia panggil budak form 5 nie masuk bilik dia. Dia tanya lepas abeh SPM nak g maner? Nak mohon aper? Time aku, aku cakap la aku nak jadi jurutera awam, pada hal aku main sebat jer, itu pon aku tengok kat borang UPU (aku adalah batch pertama yg guner UPU). Aku tak tau pon tu mende aper, lagi satu aku tak confident sangat dengan result aku. Yerla…mate gan sains aku kantoi, macam maner aku nak confident yg aku leh sambung blaja. But then dia bagi solution. Dia tak condemn aku pon walaupon dia tau aku tak layak. Maner taknyer budak sastera nak amek kejuruteraan. Dia kata walaupon aku budak sastera dia cakap, aku boleh masuk dengan syarat aku mesti lepaskan mate gan sains aku. Lagi satu dia soh kuatkan aku punyer geografi dgn ekonomi. Dia cakap dua subjek ni bila digabungkan nilai dia sama dengan fizik, jadi dia boleh melayakkan aku masuk. 2 lagi subjek aku kene amek berat adalah subjek sejarah dengan seni lukis. Dua subjek ni sama nilai dia dengan biology. Aku sendiri tak nampak kat maner relevant dia. Tapi ternyata berhasil.

Walaupon aku tak dapat masuk maner-maner U, tapi aku dapat poli. Start dari situ yg aku tau pasal ‘kejuruteraan awam’ Agak terkejut jugak la kepala otak aku belajo menda yag aku tak pernah buat.

Apa kaitan semua nie gan topic yang aku create? Aku pon tak tau. Semenarnya time nie aku kat ‘Kem Lambaian Danau’ Jasin Melaka. Saja sebab dah lama tak join pogram motivasi. So nak lepas gian la. Kalo nak cerita dah lama gak aku join gan aktiviti macam nie. Sejak 1st sem degree. Benda nie dan bawak aku kemerata tempat. Terengganu, Perlis, Kedah dan memacam lagi. Johor jangan cerita la. Selalunya aku jadi fasi jer, tapi lepas tu aku beralih kepada Ketua Fasi. Agak mencabar la jugak. 1st time aku jadi Ketua Fasi masa pogram kat Matrik Johor. Cukup macabar kewibawaan aku. Dan aku bawa pendekatan yang berbeza dari org lain dan akhirnya kau berjaya, malah lebih suksess dari team UPM. Team aku dari KUITTHO mendapat pujian daripada pengarah Martik Johot at that time. Bangga aku.!

Selain dari tu pogram-pogram nie gak telah mengheret (bleh cakap macam tu) ke pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia Negeri Johor. Aku jadi fasi tetap tok GPMS Johor. Kalo dulu aku just ahli biasa but skang aku dah jadi Exco Negeri lak. Pertubuhan nie dah lama almost 60 tahun, lebih lama dari Malaysia merdeka. Antara pengasas dia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dia ader 4 orang pengasas. So dia sowag jer yg tinggal. Yang lain dah lama meninggal. Untuk pengetahuan kowang setart 19 sampai 21 Disember nie kat Genting, GPMS akan wat AGM dia tok kali yg ke 60 tahun. Bertempat di Institut Aminudin Baki. Aku kene la join. Kang orang kata apa lak. So tepaksa la aku cari MC.almaklum cuti dah abes maser g Bali. Ok aku dah mengantuk ni, jam pon ah kol 3.00 pagi. Sambung lain kali la nampaknyer…! Sambil tu korang tengok ler clip video yg aku masukkan, tak tau la boleh buka ke tak? Clip nie aku maser pogem motivasi kat sekolah Parit Raja.

Friday, December 12, 2008

Formality



Formality Aku nie bukanlah suker sangat dengan benda yang formal. Selalunya aku langgar jer, tapi kita kene gak mender ni. Sebabnya aku tak suker protokol. Kekadang tu aku nampak jer formal tapi aku tak tak ikut protokol pon. Boring sebenarnya, lagi boring kalo sesatu acara tu ader VIP, VVIP tak pon yang perasan VIP.

Dari atas :

  1. Time aku jadi Emcee untuk 'National Conference On Continuing Teaching Education And Traning 2007. Mase nie all speech in English, so kene la conduct majlis dalam english. Quite tough la jugak. Selalu jadi emcee conduct dalam malay je.
  2. Bawah dia lak gambo akau maser aku g TV3, aku suker bercakap dan ader la sedikit experince, so pepaham sendiri ler aper aku wat kat sana.
  3. Ok yg la yg tengah lak maser aku bagi ucapan pembukaan untuk perasmian penutup pogram Bakti Siswa Perdana kat Kampung Sri Lalang Mersing 2007.
  4. Yg last tu maser aku g UIA tok pogram Kerjaya Peringkat Kebangsaan










Bawah Dari Kiri Kekanan
  1. Yg Nie time aku membentangkan minit pogram maser AGM kelab aku. Sebenarnya susah nak handle kelab, lagi-lagi kalo ahlinye ader lebih dari 1000 org. Program kene ikut selera ahli dan kene ikut guide line dari Universiti. Time nie aku chair tok penggal terakhir aku sebab aku dah final year. Time nie gak agak berlainan dari AGM biasa sebab aku ader 3 org pemerhati daripada Universitas Indonesia.
  2. Wokey, aku suker pic nie, tie aku kaler pink, susah jugak aku nak cari tie nie. At that time aku jd emcee tok fakulti aku. Ader final presentation dari semua kursus. Maser nie aku wat Diploma. Actually my second Diploma after i get my Degree. So it mean i have Degree in Civil Engineering, Diploma in Civil Engineering and Executive Diploma in Building Technology.
  3. Pic aku duduk tu pic maser aku tunggu turn tok bagi ucapan alu-aluan. Boring tol.
  4. Wokeis da last 1 is pic aku maser tunggu turn tok presentation PSM aku (Projek Sarjana Muda)

Trip: Bali

-Bali-

Last month 15-18 November 2008, aku g Bali, just have a trip. I put a big expectation on dat place. But sesampai jer kat sana kecewa aku. But ader la kenangan yg manis kat sana. Tapi aku taknak cerita kenangan manis aku sana. Sebab banyak yg tak manis dari yang pahit dan yang masam.

Sorry to say, ini dari pengalaman dan pemerhatiana ku sendiri. Orang kat sana tak friendly dan tak ramah macam org kita. Prinsip org kat sana ‘what u give u gat back’. Kalo dia tak dapat apa yg dia nak dia akan kutuk kita. Contoh peniaga kat sana, mulut manis maser jual barang. But when kita refuse nak beli, dia akan kutuk. You guys nak tau da ‘sweet’ words kuar dari makcik,pakcik sana bila kita tak belil barang dia? ‘org-org melaysia nie kedekut’ Ape dia hengat kita kat mesia nie kaya raya ker?

Satu lagi part makan. Kalo korang bukan muslim sejati takper (harap-harap la tidak). Da worst incident aku dan mmber aku hampir nak temakan ‘daging babi’ pergh…sedap siot dia wat daging goreng gan ‘bergedel’. Tak pernah aku terbayang yang babi tu dalam pingan. Selalunya aku nampak daging tu tergantung kat restoran sahabat cina kita jer. But now depan aku dalam pingan. Satu lagi yg aku nampak adalah pemahaman mereka yg muslim kat sana. Pada mereka, babi itu tidak boleh dimakan haram. Tapi menggunakan bekas, menghidangkannya bersebelahan atau bersama makanan lain itu tak apa. Lagi satu ada restoran yang tunjukkan logo halal, tapi menghidangkan produk babi. Can u guys imagine that?

Yes…kita selalu tengok pantai dia cantik dan ramai org g sana. Dari pengamatan aku, Pantai kat sana samer jer gan pantai kat mesia (malah lebih cantik) dari segi kedudukan dan juga suasananyer. Tapi kelebihan diaorg adalah ombak yang boleh membuatkan mereka bermain ‘papan luncur’ (surfing ). Dari segi kebersihan pantai, kita lagi cantik. Lagi satu yg tak menarik adalah…kehadiran ‘kubur-kubur’ mereka yg bersepah kat pantai tu. Lagi satu aku tak sker gan cara mereka mengexplotasikan binatang tok menarik kedatangan pelancong. Contoh, kita kalo kat mesia penyu adalah binatang yang hanya dipamer tapi tak boleh disentuh oleh pengunjung. Dan penyu kita tak kurung. Kat sana mereka kurung penyu banyak-banyak (sesekehati jer). Kalo kat pulau2 negara kita, dekat dengan pantai kita akan dapat tengok ikan yang banyak dan coral yang warna warni (cth pulau tioman), tapi kat sana dia bagi kita roti tok bagi ikan makan, tapi yg datang 3-2 ekor je. Coral diaorag banyak dah mati, ader satu kaler jer kelabu!

Dekat sana lebih banyak kuil dari rumah. Mengikut kepercayaan mereka, tiap satu rumah dan kedai mesti ader satu kuil, satu family perlu ader kuil beso, kampong perlu ader kuil beso, satu puak perlu ader kuil beso. Korang imagine jer la…kat tempat aku mengigap (kuta beach) ada lebih dari 1000 umah. Lebih banyak kuil dari rumah. Rimas aku…

Kenapa HellSperm?


Aku tak berapa ingat tentang hal tu. Tapi apa yang pasti aku, aku dah guna nick ni sejah tahun 1996 lagi, sejak aku tingkatan 4. So banyak karya dan artwork aku ader nick nie. Tapi ramai yang bertanya, kenapa 'hellsperm'? Sebab pada mereka ia bermaksud 'sperma neraka'. But 4 me its mean different. Pada aku ia bermaksud 'neraka suci'. Sperma (air mani ) itu adalah suci, tapi lelaki selalu 'menikmatinya' dengan cara yang salah (paham-paham sudah) dalam banyak cara. Dan ia akan mengheret kita (lelaki) kedalam neraka. Huhu...nak buek macam mano dah tak dapat kawal.