BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam,

Sudah 14 tahun …tapi kadangkala aku rasakan ia seperti baru saja berlalu bersama kenangan terindah yang pernah tercipta. Dan kadangkala aku sendiri sepertinya tidak percaya dengan apa yang aku ada tika ini. Dari seorang budak kampong yang tak punya cita-cita, dari seorang udak hingusan yang tak tahu hala tuju masa depannya. Kini sudha bergelar ‘Jurutera’. Adakalanya aku sendiri merasakan aku seperti dalam mimpi. Apa benar aku sudah punya ‘Ijazah’? apa benar aku punya dua ‘Diploma’?

Tapi semua ini tidak akan terjadi, dan aku tidak mungkim memiliki semua ini andai tidak kerana mereka. Mereka yang pernah bersuara, mereka yang berkorban masa, mereka yang melakukan apa sahaka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Tanpa kata mereka aku tidak mungkin sedar dari lamunan. Tanpa kata mereka aku mungkin tidak akan menjejakkan kaki kebumi asing.

Cikgu terima kasih untuk semuanya, terima kasih atas semua jasa, budi kalian hanya Allah yang mampu untuk membalasnya. Seakan memori lalu terbias dikotak mata ini. Saat kita bergelak, saat kita bersama. Suasana dalam kelas, dirotan (sebab salah matematik), dicubit (sebab tak lulus), dipiat (sebab salah buat), di cop tangan (sebab salah tatabahasa). Tanpa itu semua aku tak mungkin akan jadi manusia, tanpa kalian aku tak mungkin akan bergelar JURUTERA. Cikgu Paijah (cikgu matematik) terima kasih atas rotan itu, Cikgu Halimah Jamhari (Pengetua) terima kasih atas cubitan itu, terima kasih cikgu-cikgu semua atas semua rotan yang kalin berikan. Bila terkenang saat itu, sayu hati mengenang kalian. Dari seorang budak yang tidak punya latarbelakanag pendidikan sains, aku berusaha untuk menjadi seorang jurutera. Dan kini dengan bangga aku ingin katakan aku seorang JURUTERA, berkat rotan, cubit, piat dan segala macam lagi. Cikgu Paijah terima kasih untuk semua tunjuk ajar dan rotan cikgu. Tanpa rotan cikgu saya tak akan lulus matematik, terima kasih Cikgu Hanimah atas rotan cikgu saya lulus Sains. Kalau boleh ingin sahaja aku menjerit dihadapan semua cikgu ‘TERIMA KASIH CIKGU’ (jujur saat ini aku hampir menangis, waktu aku menulis aku mendengar lagu YIRUMA-Our Same World).

Cikgu aku sentiasa ingat pesan kalian, agar jadi manusia.. Cikgu-cikgu semua telah memberikan yang terbaik untuk ku...
Cikgu Hanimah
Cikgu Paijah
Cikgu Normisiah
Cikgu Saadah
Cikgu Saadiah
Cikgi Bachok
Cikgu Yusof Sulaiman
Cikgu Yusof Sidin
Cikgu Ibrahim
Cikgu Noraini
Cikgu Halimah
(sekadar menyebut beberapa nama, walau tidak tercatat disini kalian tetap berjasa).


Sehelai kain putih bersih terhambar
Dihampar dihadapan mu
Dari situ jelas hanya tercalit warna mati
Warna yang tidak menampakkan keindahan
Warna yang tidak memperlihatkan keistimewaan
Tapi kau bawa aku kehadapan
Kau ajar aku
Kau paksa aku maju
Kau paksa aku untuk berani
Maju setapak demi selahkah,
Kau marah
Kau herdik
Kau hina
Kau hukum aku
Kerana silapku memegang canting
Kerana salahku menghunus tinta
Tapi kau biarkan warna itu terus kekal
Tercatan di atas kain itu
Dan kau tidak pernah bercerita kenapa begitu
Kau biarkan warna itu disitu
Terdampar memenuhi ruang
Kau ajar bagaimana mencanting leretan warna kehidupan,
Warna indah kesedihan, warna cerah kegagalan dan
Warna lembut ketabahan,

Diwaktu aku ketakutan dengan tinta dan kalam
Kau gemgam erat tanganku....
Dan kau turut sama menari melarik lakaran kehidupanku...
Kau ibarat cendana
Wangi berirama lentuk gemalai
Mengikut rentak kata tentang dunia
Indah yang membuia dagu
Kau bercerita tentang warna dunia
Kau ceritakan warna kehidupan
Warna cabaran dan
Warna masa depan...





setelah kain itu penuh dengan warna...
kau serahkan kain itu kembali padaku
dan aku tertanya untuk apa kau serahkan padaku
magis apa yang kau harapkan padaku
setelah bertahun berlalu
kini aku sedar kenapa kau serahkan kain itu kembali
kenapa kau ajarkan aku menari bersama tinta, kalam dan warna
dan kenapa kau biarkan warna kegagalan tercatan terbiar disitu
kini aku faham.....
aku faham tentang keindahannya
aku faham dengan bahasanya
aku faham dengan metadologinya
aku faham dengan warna warni itu

irama warna kala ia berbahasa mengikut alunan angin yang bertiup
kala ini dengan bangga aku kibarkan kain itu
aku gempitakan diseluruh inci dunia
tentang kain putin yang akhirnya berwana indah
penuh dengan calitan tinta dan kalam
ku kibarkan
bagai panji perang
meredah lilitan dunia
kerana dibawahnya
berdiri timbunan doamu
dan dilangit
dinaugi berkat ilmu darimu
TERIMA KASIH CIKGU
’SELAMAT HARI GURU’

Thursday, May 13, 2010

MELAYU

Entah terlalu payah rasanya untuk mentelah apa yang ada diminda orang Melayu masa kini. Saya bukan siapa-siapa, bukan orang yang berpangkat tinggi atau orang yang berharta lagi kaya raya juga berkata atas mana-mana landasan parti politik yang wujud di negara in,.juga bukan cendiakiawan atau ahli agama. Tetapi saya hanya seorang anak muda kampung yang tidak pernah tertinggal mengikuti perkembangan semasa Negara. Dari cerita bunuh, dibunuh dan membunuh, merogol dan dirogol, mencuri dan dicuri, meragut dan diragut, bayi, dibuang dan kematian tidak lupa hal politik semasa.
Kita sebagai Melayu kian jahil dengan diri sendiri, dan agama yang kita anuti. Yang berpolitik terus taksub dan tamak dengan kuasa dan harta. Saling salah, menyalahkan dan dipersalahkan. Malah sering menacari kesalahan orang lain dengan niat untuk menjatuhkkan. Yang menyokong pula, dengan sombong bodoh menyokong tanpa pernah menggunakan akal yang diaugerahkan Tuhan untuk berfikir. Otak di kepala hanya sekadar hiasan. Membabi buta mengangkat ’patung’ yang sudah jelas sanggup menggadai bangsanya sendiri dengan melelong agama demi meraih simpati. Demi ’patung’ yang dipuja, sanggup memutuskan saudara, sanggup membelakangkan agama. Asal yang dipuja berjaya, hilang saudara tidak mengapa, hilang sahabat pun tidak apa kerana boleh dikutip bila sudah berpangkat dan banyak harta. Kerana harta, pangkat dan kuasa, Melayu gelap mata dan hilang pegangan Agama. Terlalu malu rasanya diri ini untuk mengaku bahawa diri ini Melayu, kerana bila dilihat bangsa sendiri yang tertindas yang memang sengaja membiarkan diri ditindas. Menjadi pak turut yang sanggup mengganguk perkara yang jelas perlu digeleng, dan menggeleng perkara yang sudah terang perlu diangguk. Rasulullah SAW pernah ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian beliau menjawab:
“ sesungguhnya orang mukmin hikmahnya dalam solat dan puasa, sedangkan orang munafik hikmahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, disamping meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun sedangkan orang munafik terlena oleh karakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedang orang munafik mengorbankan agama untuk harta. Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut pada sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agama. Sedang orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf”.
Tidak cukup dengan itu, kerana dek terlalu taksub pada politik dan rakan seperjuangan, orang Melayu sanggup menutup mata dan mulut dari mempertahankan nama Allah diguna pakai oleh orang lain. Saya ini mungkin jahil tentang agama. Boleh juga dikatakan terlalu dangkal bercerita tentang ilmu agama. Tapi bagaimana mungkin saya boleh duduk diam dan tersenyum dan berpeluk tubuh. Saya bukan seperti mereka yang Melayu yang membenarkan nama Allah digunapakai oleh agama lain, atas dasar persahabatan, atas dasar kepentingan politik,atas dasar majoroti undi, atas dasar kerusi empuk di Parlimen. Biar agama sendiri digolok gadai yang penting hati rakan sepolitik perlu dijaga, perlu dihormati. Yang berkopiah, yang berserban, yang berjubah yang berjanggut turut tunduk tak berbahasa, takut hati kawan terluka dan terasa. Andai ada sahabat sebumbung yang menyuarakan bantahan akan dipulau, akan disingkirkan akan dihalau dari bumbung tempat dia bernaung. Bagi yang sayangkan kuasa, peganggan dan pendirian agama yang dipegang, dilipat , dikunci dan ditutup rapat-rapat. Allah Azza Wa Jalla berfirman :
“ Kemudian sesudah mereka itu menggantikan kaum jahat, yang mempusakai kitab, mereka mengambil harta benda yang buruk lalu katanya. “Nanti Allah akan menampuni kami.”
(Surah Al-A’raf : ayat 169)
Iman Ghazali dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub memberi maksud pada ayat tersebut : mereka itu para ulama, namun hatinya telah terpikat keada dunia dan tidak mengira sama ada halal atau haram. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda yang dirawikan oleh Ma’qal bin Yassar:
“ akan datang kepada manusia zaman di mana Al-Quran dijadikan seperti pakaian dikenakan pada badan oleh pemimpin. Semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah. Jika salah seorang dari mereka bersikap baik, dia berkata. “Allah menerimaku.” Dan jika berbuat jahat, dia berkata, “Allah akan mengampuniku.” Maka mereka meletakkan tamak, tempat khauf (takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman-ancaman Al-Quran dan ayat-ayat di dalamnya.”
Baginda juga bersabda : “ diakhir zaman, akan ada orang-orang bodoh dan ulama-ulama fasik.”baginda bersabda lagi : “jangan kau pelajari ilmu untuk menjadi ulama, mempermainkan orang-orang bodoh dan mencari perhatian orang. Siapa berbuat demikian, nerakalah tempatnya.” Harus apa lagi yang perlu diperkatakan, wahai Melayu bukalah mata, bukalah minda. Jangan tutup mata hati kita dengan ketaksuban kuasa dan harta hingga lupa akidah dan pegangan agama.
Makin difikirkan makin tidak jelas, kadang-kadang kebodohan itu jelas terserlah hanya kerana keinginan berkuasa dan gila kuasa dan sukakan perhatian. Tapi dari apa yang saya faham mereka ini sebenarnya satu puak dalam kalangan bangsa Melayu yang sombong bodoh dan jahil dengan ‘sejarah’ bangsa mereka sendiri. Mereka yang hanya memandang kehadapan dan mendongak kelangit. Tanpa pernah memandang kebelakang buat seketika dan memerhati apa yang telah terjadi sebelum ini. Dan mereka yang tidak pernah teringin memandang kebawah melihat dimana dia berpijak dan apa yang dipijak tika ini. Pelajarilah sejarah, fahami sejarah. Fahamilah hikmah Allah menjadikan sejarah itu. Sejarah itu juga sebenarnya panduan hidup untuk masa depan, sejarah juga adalah peringatan kepada kita pada masa kini. Kembalilah kepada Al-Quran, dan fahamilah Ia ,rujuklah Ia kerana Al-Quran juga merupakan kitab sejarah . Jadi kenapa terlalu bodoh mudah percaya kepada anasir jahat, pada ‘boneka’ yang berkompang irama perang terhadap bangsa sendiri?, pada ‘patung’ yang melantunkan suara perpecahan dan keruntuhan bangsa sendiri? Kenapa mudah terpengaruh dan percaya kepada bangsa ‘asing’ yang sudah termaktub dalam sejarahnya suka memecahbelahkan dan memporakperandakan bangsa sendiri untuk keuntungan bangsa mereka? Kenapa mudah percaya dengan tukang karut yang mencanang untuk memajukan Negara, tapi dengan jelas dan terpanpang di depan mata, kerana kerakusannya mengejar kuasa sanggup menggadai bangsa dan agamanya?. Wahai bangsa Melayu, bacalah kembali sejarah, siapakah orang Melayu yang membuka kota Melaka sehingga Melaka dan Tanah Melayu dijajah sehingga lebih 400 tahun? Bacalah sejarah kenapa dia membuka kota Melaka. Dek kerana dendam dan tidak puas hati, dia membiarkan Melaka dan bangsanya dijajah hanya kerana kepentingan peribadi. Bacalah sejarah bagaimana Kedah kehilangan Pulau Pinang, bacalah sejarah bagaimana Johor kehilangan Temasek, bacalah sejarah bagaimana Perak dikuasai ‘orang puteh’ bacalah sejarah bagaimana Tanah Melayu diperkotak katikkan, kekayaan Tanah Melayu dikaut dibawa keluar? Kalau bukan oleh ‘Melayu’ itu sendiri. Hanya kerana gila dengan kuasa, gila dengan nama, gila dengan pangkat dan harta, mereka-mereka ini sanggup berperang dengan saudaranya sendiri, berparang dengan orang yang sebangsa dengannya, bersilat dengan orang yang seagama dengannya, berpaling muka dengan orang yang bertutur sebahasa dengannya. Sanggup melutut dan menyembah ‘orang luar’ asal dapat apa yang dihajati. Tidakkah mereka-mereka ini membaca titah Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim pada 27 Mac 2010 lalu, ‘jika kita mahu memilih pemimpin Negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain’. Fakir-fikirkan wahai ‘Melayu’, kenapa Baginda bertitah demikian? Dan sekarang bukalah mata kita lihatlah siapa pula orang dizaman kita ini yang berperilaku seperti itu? Bukan menuduh atau menyalahkan, tetapi teori ‘sejarah mungkin berulang’ tidak mustahil akan berulang. Sama cuma zaman yang berbeza. Sedangkan sejarah yang berlaku sejak zaman Nabi adam yang tercatat dalam Al-Quran itu juga terjadi berulang kali inikan pula penjajahan negara kita. Andai dia berada pada pihak yang benar buktikan kebenaran itu, kenapa perlu berdolak, kenapa perlu berdalih, kenapa perlu menyembah ihsan orang yang pernah menjajah. Apa perlu membuat tawaran dengan menggadai maruah bangsa dan menjaja agama sendiri untuk kepentingan peribadi?. Mohon diingat kita ini mungkin sesetengahnya lupa pada sejarah, tapi orang-orang yang pernah menjajah kita tidak pernah lupa akan sejarah bagaimana kita dijajah. Mereka sentiasa mencari peluang dan ruang bagaimana untuk menjajah kembali.Pelanduk mungkin akan melupakan perangkap, tapi perangkap tidak pernah melupakan pelanduk.
Adakah itu tidak cukup untuk membuat bangsa Melayu ini sedar dengan propagandanya?. Dan kenapa harus kita percaya pada dakwah dan dakyah seorang ‘boneka’ yang berjuang untuk kepentingan peribadinya. Dan kenapa harus kita percaya bulat-bulat tanpa berfikir dan membuat timbangtara dengan telus segala bentuk bacaan dalam blog atau laman web, segala isi ceramah yang kita dengar? Belajarlah mentafsir isi tersirat dan tersurat. Bukan hanya menerima dengan bulat-bulat. Kerana berfikiran dangkal, kerana otak yang senteng, kerana kuasa, kerana harta, kerana pangkat, kerana nama, kerana sombong bodoh, kerana buta sejarah kita mengikut kata mereka sehingga sanggup berkempen membakar Utusan Malaysia. Saya cukup pasti mereka yang dengan bangga memegang dan membakar Utusan Malaysia itu adalah manusia-manusia berbangsa Melayu yang tidak tahu sejarah, buta sejarah sombong lagi bodoh. Tidakkah mereka sedar bahawa akhbar yang mereka bakar itulah yang membela nasib mereka. Akhbar yang mereka bakar itulah yang telah menjadikan mereka antara orang yang terpelajar, akhbar yang mereka bakar itulah yang manjaga kedaulatan, hak dan kepentingan Agama, Sultan dan bangsa Melayu mereka. Tidaklah mereka sedar akhbar inilah yang akan membela nasib anak cucu mereka kelak. Akhbar inilah yang akan memastikan keturunan mereka terbela. Kenapa perlu lebih yakin dengan akhbar bahasa lain yang kononnya lebih telus, lebih jujur. Itulah akibatnya terlalu bangga dengan bahasa asing hingga jahil mentafsir propaganda dan provikasi tersirat. Boleh juga diandaikan ‘mereka-mereka’ ini masih belum khatam mengaji bahasa Melayu dalam bab mentafsir isi tersurat dan tersirat, tetapi berlagak kononya sudah mahir mantafsir bahasa asing yang tertulis di ‘bintang’. Dan ‘mereka-mereka’ ini tidak sedar mereka diperbodohkan dan dipermainkan oleh sesetengah golongan untuk menjatuhkan tamadun madani bangsa Melayu mereka itu sendiri. Aduh kenapa jahil sungguh orang-orang yang mengatakan mereka ini sudah dewasa? Dengan bongkak dan berlagak kononnya lebih dulu makan garam dari anak muda. Tapi tidak sedar diri dipermainkan orang lain. Orang lain melihat diri mereka ibarat lembu yang dicucuk hidung. Mengikut sahaja kemana ’si pemain’ menarik mereka untuk dilagakan. Dengan harapan selepas penat menanduk bangsa sendiri, tekak akan dijejal dengan kemewahan dan kuasa.
Wahai ‘Melayu’ yang sibuk berkempen, mencanang berita kosong, berkompang sampai kebas tangan, mengetuk gong sampai lekuk. Tumpukanlah pada Melayu muda masa kini. Lihatlah dek kerana kalian terlalu ghairah berkempen menyokong seorang ‘mahluk’ yang berjuang untuk kepentingan peribadinya, generasi kita makin terhakis. Yang dewasa memukul gong dan canang berkempen tak tentu hala, tidak tahu mana hujung yang mana mula, yang muda berpesta dari terbenam fajar senja sampai menyinsing cahaya dhuha, yang remaja berpeleseran tidak tentu masa, tanpa sedar hukum hakam agama, yang kanak-kanak terbiar melarat tak berpegangan agama. Hingga merudum akidah dan moralnya. Antara zuriat dan sampah, antara kanak-kanak dan batang pisang tidak tahu apa bezanya . Dibuang sesuka hati, disepak terajang tanpa sedar diri. Yang dewasa buta sejarah dan dangkal pegangan agamanya. Yang muda buta segalanya hingga tidak tahu agama yang mana halal yang mana haramya. Yang lelaki sudah tidak sedar ‘lelaki’ bukan bukan milik mereka. Yang perempuan tidak sedar maruah dan kehormatan diri perlu dijaga. Yang kanak-kanak dijadikan tempat melampias nafsu dan hamba. Yang berpasangan tidak sedar batas-batas agama. Harus yang mana lebih penting? Bergambar ramai-ramai sambil membakar Utusan Malaysia atau membaca dan memahami tiap isi frasa tersurat dan tersirat serta falsafah perjuangannya? Yang mana lebih utama. Berkempen, berpolitik membabi buta pada perjuangan peribadi yang kosong atau berjuang bersama-sama membela agama dan bangsa? Yang mana perlu didahulukan, berkempen pada perjuangan yang sia-sia atau berkempem membenteras keruntuhan moral anak bangsa? Yang mana lebih berharga nasib bangsa Melayu atau mengumpul harta dunia? Yang mana lebih bernilai Ketuanan Melayu atau kuasa kerusi empuk parlimen yang memberi ‘nama’? Yang mana lebih penting kemajuan bangsa sendiri atau membiarkan bangsa lain maju dengan memperkotak katikkan bangsa sendiri? Anda baca, anda soal, anda jawab dan anda nilai-nilaikan. Fikir-fikirkan, bukan sekadar untuk diri anda sahaja tapi fikir-fikirkan untuk kelangsungan agama,bangsa dan negara anda pada masa depan.

GADOH

GADOH
Salam,
Rasanya sudah lama juga aku tak berbicara tenang filem. Kali nie aku nak bercakap tentang sebuah karya bebas. Atau orang sekarang akan cakap filem indie. Mungkin ada ramai yang diluar sana sudah pun menonton filem ini, melalui medium yang pelbagai. Apa yang nyata karya ini tidak dibenarkan untuk tayangan umum. Ianya kerana menyentuh sensitivity kaum. Entah, kalau ditanya aku sendiri heran kenapa karya ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Sedangkan ia menyentuh banyak hal yang selama ini menjadi isu tabu dalam masyarakat kita. Malah karya ini juga bercakap secara jujur. Bercakap tentang kebenaran yang selama ini ramai orang takut untuk persoalkan.
Aku bukan Melayu yang liberal atau juga Melayu yang secular. Jika ditanya pendapat peribadi aku sendiri mengakui tentang hal sama dalam karya ini. Kenapa harus orang Cina menguasai kekayaan dan juga ekonomi, dan kenapa melayu harus menjadi orang kelas kedua dalam hal ekonomi. Dan kenapa orang india menjadi orang kelas ketiga, sepertinya dipinggirkan. Orang cina sudah mengaut semua keuntungan, tapi kenapa masih merebut hak orang melayu. Kenapa orang cina perlu menguasai segalanya, dan kenapa kita orang melayu harus mengikut telunjuk mereka. Dan sering kali isu ini menjadi topic yang perlu diperdebatkan sehingga mengheret pergaduhan perkauman. Pada aku semua ini perlukan persefahaman. Orang cina baik orang india harus faham tentang kedudukan mereka. Mereka diberi taraf kerakyatan, dan mereka diberi kebebasan yang sama seperti orang melayu. Dari segi social mahupun agama. Dan mereka tidak boleh manafikan hak orang melayu, tantang risda, felda, tentang subsidi, tentang royalty, tentang rizab melayu. Kerana ini adalah satu system pertahanan untuk mengekalkan melayu terus wujud. Satu fakta yang perlu mereka sedar adalah melayu merupakan penduduk asal tanah ini. Jadi kenapa perlu mintak lebih dari tuan tanah. Kami bukan tuan tanah kedaung. Tapi kami beri apa yang sepatutnya diberikan. Dan jangan minta yang lebih dari yang sepatutnya. Bagi yang melayu pada nama yang berjuang kononnya untuk kesamarataan dengan bangsa lain, bukalah mata. Ingat senang ker Dato Onn dulu nak fkirkan tentang hak orang melayu nie? Untuk apa dia fikirkan semua ini.
Karya ini jujur. Pengkarya sebenarnya memperlihatkan sebenarnya berpunca dari system pendidikan kita sendiri. Kita yang tidak pernah nak mengajar akan anak-anak kita tentang persefahaman ini. Mangajar generasi muda kini tentang menghormati hak orang lain. Kami melayu berlaku adil. Dimana adil itu bermaksud meletakan sesuatu itu benar pada tempatnya. Dalam karya ini, kita diperlihatkan bagaimana generasi muda ini berfikir. Darimana punca dan bagaimana untuk mengatasi semua ini. Kalau dilihat dari karya ini, walau dalam situasi bagimanapun melayu tetap akan menjadi pemimpin. Tapi secara sinisnya ia juga memperlihatkan melayu itu walau sudah menjadi pemimpin masih tidak punya peganggan dan masih jua mengikut telunjuk orang lain. Satu perkara lagi yang perlu kita akui, bukan orang cina atau india yang menjahanamkan atau yang menjatuhkan orang melayu, tetapi orang melayu itu sendiri. Malah dalam sejarahnya juga sudah terbukti begitu. Untuk hidup, orang cina terpaksa berusaha untuk mencapai taraf kehidupan yang mereka inginkan. Dan kita orang melayu untuk mendapat taraf hidup yang mewah perlu menjadi barua pad orang lain, atau menjatuhkan melayu dulu. Lebih suak dengan benda kerja yang mudah tanpa perlu berusaha. Dan kita memandang orang cina mengaut semuanya, sedangkan kita ini hidup hanya bersandarkan kepada ‘tongkat emas’. Bila tongkat ditarik balik meraung meraba mencari kehidupan. Dan jari sudah semestinya menunding pada bangsa lain. Pendek kata ‘malas’ nak berusaha. Buka mata kita kenapa orang cina yang tidak punya kelebihan boleh menguasai ekonomi dan juga boleh hidup mewah. Dan buka mata kenapa TUAN TANAH macam kita nie hidup merempat di tanah air sendiri? Cuba belajar untuk tidak menyalahkan orang lain, dan belajar menyalahkan diri sendiri dulu.

KENAPA?

KENAPA?

Entah kenapa Sperm mudah terusik, malah sejak dari dulu lagi Sperm mudah terusik, dengan apa situasi pun. Hati kecil ini mudah benar bergetar adn meruntun kesedihan. Kesediahan melihat kesediahan orang lain, kesedihan dengan kenangan silam, kesedihan dengan kekecewaan, kesedihan dengan kecewa cinta. Cinta memang benar-benar membunuhku.
Kerana kecewa cinta Sperm manjadi insan lain, Sperm menjadi sesaorang yang begitu asing. Hingga Sperm sendiri mula tidak mengenali siapa Sperm. Dan kenapa Sperm tidak seperti dulu. Adakah Sperm sememangnya dilahirkan bukan untuk seorang wanita? Adakah Sperm lahir hanya untuk melihat perempuan yang Sperm cintai, perempuan yang Sperm sayangi bahagia dengan orang lain? Kenapa Sperm tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu berlaku, dan terusan berulang? Adakah salah untuk Sperm berpegang pada kata yang Sperm tak mampu untuk menghalang orang lain dari mencipta bahagianya sendiri? Adakah salah bagiku yang tidak suka akan permusuhan? Adakah Sperm sememangnya dilahirkan hanya untuk membantu orang lain bahagia, tapi merelakan diri sendiri kecewa?
Kenapa kebelakangan ini hati Sperm mudah terusik dengan lagu yang membuai jiwa? Kanapa Sperm mudah terasa sedih? Dan membiarkan diri lebih selesa bersendiri. Seolahnya tiada perempuan yang selesa dengan diri Sperm. Tiada perempuan yang akan bahagia dengan Sperm. Salahkah Sperm kerana tidak pandai ‘bergayut’ berjam lamanya berborak mengenai sesuatu yang kosong? Salahkah Sperm kerana tidak pandai ‘bermasege’ berbaris panjang? Salahkah Sperm untuk menjadi diri sendiri? Salahkah Sperm? Salahkah Sperm? Salahkah Sperm andai diwaktu kerja Sperm komited dengannya? Salahkah Sperm menyelesaikan masalah sendiri? Salahkan Sperm memendam segala yang Sperm rasa? Salahkan Sperm menyimpan masalah? Salahkah Sperm? Salahkan Sperm?
Adakah masa becinta perlu dikongsi semuanya? Adakah masa bercinta perlu dicerita semuanya? Adakah perlu masa bercinta perlu diluah segalanya? Salahkah Sperm menjadi diri sendiri? Apakah wajib hanya lelaki sahaja yang perlu memahami perempuan? Memahami kehendak mereka? Emosi mereka? Perasaan mereka? Masalah mereka? Tapi bagaimana dengan Sperm? Emosi Sperm? Perasaan Sperm? Adilkah ini semua? Sperm sering disalahkan kerana semua ini? Adilkah semua ini? Hanya Sperm yang perlu memahami perasaan perempuan, hati perempuan, emosi perempuan. Jadi bagaimana dengan Sperm? Sperm menjaganya sendiri tanpa perhatian perempuan bergelar ‘kekasih’. Namun tetap juga Sperm dipersalahkan. Jadi harus yang mana perlu Sperm lakukan?
Argh....perempuan kenapa kalian sering mengecewakan Sperm? Kenapa kalian jadikan Sperm mangsa? Kenapa kalian permiankan perasaan? Hingga Sperm putus harap pada cinta. Adilkah semua ini?

MENCARI

Mencari barang yang hilang mungkin mudah, mungkin jua gampang. Tapi bagaimana pula dengan halnya mencari ‘cinta’ atau mencari ‘diri sendiri’? seumur hidup Sperm hanya mengahambakan diri untuk mencari siapa Sperm, dan dimana mana cinta. Saban saat Sperm meneroka tiap ruang dalam hidup ini. Tiap inci kehidupan Sperm mencari dimana cinta Sperm tersembunyi. Siapa dia, dimana dia, darimana dia datang. Segalanya…tapi Sperm masih jua tidak bertemu. Sperm kian letih....keletihan mencari dua perkara, dua benda yang Sperm sendiri tidak tahu hendak dimula dimana.
Sperm hanya ingin manjadi diri Sperm sendiri, Sperm hanya ingin manjadi Sperm. Sperm hanya ingin mereka menerima Sperm seadanya. Sperm hanya ingin mereka faham Sperm sejujurnya. Sperm hanya ingin mereka melihat Sperm setelusnya. Kenapa Sperm hanya mampu menyimpan dan hanya mampu meyembunyikan. Tapi tidak mampu untuk meluah dan tidak mampu meceritakannya? Tiap sudut dalam hati Sperm kini kian mejadi gelap. Kian meyuram, kian menyepi, kian menyendiri. Kesepian itu telah meragut kehidupan Sperm.
Sperm hanya ingin mereka menerima kesunyian sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kesibukan sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kegemaran sperm, sperm hanya ingin mereka menerima kerja yang sperm laksanakan. Adakah terlalu sukar untuk memahami kesibukan kerja sperm? Adakah terlalu sukar untuk memahami siapa sperm? Adakah hanya sperm sebagai lelaki yang harus berubah dan menerima ’perempuan’ seadanya? Adakah hanya sperm yang perlu menerima memahami ’perempuan’ seadanya dari kegemaran, dari kebencian, dari kehidupan dan segalanya? Adilkah memperlakukan lelaki seperti sperm yang sudah sedia terhidang didepan mata mereka sedia hilang dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sperm?sperm hanya ingin mereka memberi ruang untuk itu dalam diri mereka. Tapi nyata kenapa hanya sperm, hanya lelaki yang perlu dipersalahkan? Adakah alasan perempuan insan yang lemah dan mereka punya hati yang mudah terusik perlu dijadikan benteng menghalalkan apa yang mereka tuduhkan terhadap lelaki seperti sperm? Adilkah itu?
Terlalu letih rasanya mencari, terlalu penat rasanya menyendiri. Mana mungkin dapat sperm tahan perasaan in saat melihat teman-teman bergembira bersama dengan keluarga yang dibina melihat zuriat yang berlari riang. Mana mungkin dapat sperm tahan naluri sperm dengan semua ini. Sperm jua ingin bahagia, sperm juga ingin gembira, dalam suasana yang sperm bina sendiri. Tapi kenapa ia masih belum sampai, kenapa ia masih belum tiba. Namun sperm manusia dan juga lelaki yang punya akal yang waras. Mungkin Tuhan ingin menguji sperm, mungkin juga belum tiba masanya untuk sperm kearah itu. Mungkin sperm perlu mengukuhkan diri sperm dulu. Membina keyakinan, membina diri, membina ketahanan dalaman. Sebelum sperm bisa mengalas dijemala sperm ini bergunung beban sebagai seorang lelaki yang membawa gelaran ‘Suami’ dan ‘Abah’.
‘aku mencintai mu kerana agamamu, andai kau melupakan agamamu, maka hilanglah cintaku terhadapmu’ Iman Nawawi.

SEPI

Sepi sesuatu yang cukup aku takutkan suatu ketika dulu, malah hingga sekarang aku masih lagi terigau dengan sepi. Kesepian yang telah membuatkan aku kehilangan banyak benda. Sepi yang telah meragut banyak kenangan dan juga yang telah membunuh kebahagian.
Tapi itu dulu sebelum aku benar-benar kenal dengan dunia ini. Sebelum aku kenal dengan kehidupan, sebelum aku faham tentang dunia, sebelum aku faham dengan kehidupan. Sepi ini hampir sahaja membunuh kehidupanku. Malah sepi juga hampir membuatkan aku hilang arah. Sepi juga yang telah membuatkan aku tidak dapat menikmati kebahagiaan dengan insan yang aku sayangi. Tapi kenapa tuhan menciptakan satu perasaan yang bila orang merasainya, seseorang itu akan putus asa, seseorang itu akan menitiskan air mata, seseorang itu akan menyendiri, seseorang itu akan melayan perasaannya, seseorang itu termenung. Kenapa tuhan menjadikan satu perasaan yang boleh membuatkan kita putus asa?
Entah aku sendiri tidak punya jawapan yang begitu khusus tantang sepi. Aku hanya bercakap berdasarkan kepada apa yang aku alami. Kehidupannku tidak perlah lari daripada sepi. Ia akan sentiasa membuntili aku, walau kemana pun aku berada. Malah aku sudah biaa dengan sepi .Ibaratnya sepi itu sebahagian daripada kehidupanku. Malah aku rasakan hidupku tidak lengkap tanpa sepi.
Tapi sepi inilah yang telah membantu aku untuk mengenali diriku sendiri. Malah sepi juga yang telah membantu aku untuk hidup. Sepi membuatkan aku berfikir untuk apa aku di dunia fana ini. Sepi mengenalkan aku dengan siapa kawan dan siapa lawan. Sepi memperlihatkan kepada aku kenapa kita mesti menerima kehilangan, menerima kesedihan.
Percayalah sepi itu sebenarnya mendamaikan. Sepi membenarkan kit untuk berfikir dengan waras dan matang. Dan sepi juga dapat membantu kita mengenal siapa kita dan untuk apa kita idup. Sepi itu indah sebenarnya. Percayalah.... pada sepi itu dan ia akan membawa kita menyelusuri kehidupan lampau kita hingga kita akan sedar mengapa kita berada disini.