BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

:::KEPERCAYAAN & PENGKHIANATAN:::


Memang susah bg kita untuk memberi faham kepada org
Kepercayaan itu memang rapuh, peroi bila di tatang. Lintang gugatnya tinggi…
Entah ….apa yg aq takotkan terjadi jua. Rakan2 sekelian bukankah pernah aq katakana dulu, perkara paling takut aq hadapi adakah hilangnya kepercayaan TEMAN.
KEPERCAYAAN ini ibaratnya lembaran benang putih yg mudah terdedah pada kekotoran hati busuk dan khianat dengki hati manusia. Warnanya akan bertukar dan ia akan pudar bila dimamah usia.
Laritan kata ini tersisip rasa hiba. Mungkin sudah lumrahnya manusia mudah mempercayai kata khianat dan fitnah dan bohong dari mengakui kenyataan dan kebenaran. Adakah salah aq menzahirkan kejujuranku? Kenapa manusia lebih suka mendengar halwa fitnah sedangkan dia tahu kebenarannya? Yang menjadi mangsa adalah satu PERSAHABATAN yang dibina dengan NIAT IKHLAS, KEJUJURAN dan RASA HORMAT.
KEPERCAYAAN ini terlalu mahal harganya, entah kadangkala aq menyesal dengan kejujuranku. Ada yg menganggap aq terlalu lantang , terlalu celupar berkata. Itu harga yg perlu aq bayar dlm meraih kejujuran.
Saat ini ini hiba dan sayu, bila mengenang kembali apa yang berlaku. Adakah kerana aq telalu jujur? Adakah kerana apa yang berlaku itu menyimpang jauh dari prinsip PERSAHABATAN yang aq pegang puluhan tahun ini? Aq diajar dan aq bersahabat dengan SAHABAT-SAHABAT TERBAIK, terima kasih Ahmad FAhmi Abdullah, Ahmad Nur Shahrur Ibrahim, Kenny Ammil, Mohd Syahrizan. Terima kasih Sani Sarjadi, terima kasih Suhana Ibrahim. Kerana kamu mengajar dan menjadi SAHABAT terbaik dalam hidupku, mengajar aq kita harus jujur, kita tak perlu berkira, kita harus ikhlas.
Saat ini aq kehilangan KEPERCAYAAN seseorang. Apa perasaanku saat ini? Sedih dan hiba kerana rasa yang cukup bersalah. Hati ini tak mampu untuk menghadapinya, kerana aq bukan seorang pelakon hebat yang mampu menyembunyikan perasaan seedy ini. Permulaannya indah tp, hadir org ketiga dgn niat yang jauh menyimpang meretak belahkan hubungan ini dan meleraikan KEPERCAYAANNYA. Allhurobbi…..
Apa yang harus aq lakukan saat ini. Keluar adalah penyelesian akhir. Dan adakah aq hanya biarkan dia menilai siapa yg berbohong dan siapa yang jujur dan biar masa yang tentukan. Tp sampi bila? aq tak mahu berhadapan dengan rasa bersalah. Aq tak mahu kami sama2 rasa janggal dan bersalah. Satu nasihatku, jgn suka berdendam, kerana dendam ini akan menutup semua kebaikan, dan kita lebih mudah menerima kejahatan dr kebaikan, mata hati akan tertutup dengan dendam, penilaianya kita lebih kepada dendam dr kewarasan. Timbang tara kita lebih memberatkan dendam dr kebaikan. JIKA KAU KATAKAN IA KHIANAT, ATAS HUJAH MANA KHIANAT ITU? ADAKAH AQ KHIANAT KERANA AQ INGIN MENJAGA PERHUBUNGAN SEMUA ORG? ADAKAH DIA JUJUR BILA MEMFITNAH AQ DAN MENUDUH APA YG AQ TAK LAKUKAN DEMI KEINGINAN NAFSUNYA? ADAKAH AQ KHIANAT BILA AQ JUJUR DENGAN PERSAHABATANKU? Hasbunallah Hu Wanikmal Wakkil…..
Aq ingin menjadi sahabat terbaik untuk semua org, tp anadai itu yang menguasai apa yang difikirkannya ada daya ku….kadang kala kewarasan akal akan hilang bila kita lebih memikirkan kasakitan dari kebaikan. Biarkan andai ini pengakhirnya. Terima kasih pada ‘org itu ‘ yang telahberjaya meruntuhkan PERSAHABATAN ini. Sekalung TAHNIAH, kerana impianmu tercapai jua. Tp sedarlah siapa dikiri dan kananmu saat ini? Tiada sesiapa kecuali hasad dengki dan khianat. Wahai ‘org itu’ kamu sendiri sedar yang kamu tidak punya kawan kerana siapa kamu yang sebenarnya. Jadi jangan pernah khinat pada persahabatan org lain. Buat ‘org yang berkenaan’ terima kasih atas kenangan yg secubit ini. Walaupon ia ibarat picisan, tp ia tetap kenangan terindah. ‘org yang berkenaan’ Allah menganugerahkan kita dengan 2 mata dan 2 telinga , banyakkan mendengar dan banyakkan melihat dan gunakan akal ditengah-tengah menilai adakah ia baik atau buruk. Buang jauh rasa DENDAM, kerana ia akan memakan nurani kamu.
Yang ada in isudah harapan kita (HAMKA)
“Yang ada in iadalah harapanku, tidak salah untukku mengharapkan yang belum ada tetapi aq tidak pernah lupa yang telah ada.”
“Ya Allah apa saja yang aq alami daripada nikmatMu drpd kurniaan sesiapa dr kalangan hamba Mu, tidak ada sesiapa melainkan drpd Engkau wahai Tuhan. Bg engkaulah pujian, bg Engkaulah kesyukuran”
“aq bersykur dengan musibah ini, kerana ia mengajar aq mengenal manusia dengan lebih jelas”
La Tahzan Innallah Hi Taala….

1 comments:

Mawar Baiduri said...

seringkali terpaksa membuat keputusan yang jauh menyimpang dari naluri asal..kpd yg terasa kesannya.
diri ini telah bertemu kifarahnya...