BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 14, 2008

Motivasi...

Motivasi/Bina Semangat….

Dalam bercerita tentang hal nie, mungkin ramai yg tak suker. Tapi entah kenapa aku suker sangat dengan benda nie. Mungkin disebabkan aku pernah melalui kehidupan yg sukar dan aku berjaya bangkit, jadi aku nak kongsi bersama dengan orang lain. Tapi ader betulnya. Seseorang yang berjaya pada hari ini berdiri diatas runtuhan kegagalan yang pernah mereka lalui. Macam tu jugak dengan aku.

Sekarang aku bekerja dalam bidang yg professional, well…cewah! Jurutera la senang cite, kalo nak tengok back ground aku, sebenarnya aku tak layak. Yer la mana mungkin budak sastera macam aku leh lompat masuk engineering? Pelik tapi percayalah. Subjek yg aku amek maser SPM tak der satu pon yg sangkut paut dengan engineering. Kalau ader pon lukisan kejuruteraan. Matematik pon stakat kredit jer, sains pon sama. Subjek lain tak berkaitan dengan kejuruteraan pon. Ekonomi, Geografi, Pendidikan Seni, ahaks…! Tapi macam mana aku leh lompat ‘parti’?

Jujur la maser aku sekolah dulu aku tak tau menahu pon pasal kejuruteraan, jauh sekali jawatan ‘Jurutera Awam’. Tak didedahkan langsung maner aku nak tau. Semua nie bermula bila pengetua aku jumpa budak form 5 sowang-sowang. Aku memang respek gile gan dia. Walaupon dia pompuan tapi dia take care tol kami budak form 5 nie. Lepas trial SPM dia panggil budak form 5 nie masuk bilik dia. Dia tanya lepas abeh SPM nak g maner? Nak mohon aper? Time aku, aku cakap la aku nak jadi jurutera awam, pada hal aku main sebat jer, itu pon aku tengok kat borang UPU (aku adalah batch pertama yg guner UPU). Aku tak tau pon tu mende aper, lagi satu aku tak confident sangat dengan result aku. Yerla…mate gan sains aku kantoi, macam maner aku nak confident yg aku leh sambung blaja. But then dia bagi solution. Dia tak condemn aku pon walaupon dia tau aku tak layak. Maner taknyer budak sastera nak amek kejuruteraan. Dia kata walaupon aku budak sastera dia cakap, aku boleh masuk dengan syarat aku mesti lepaskan mate gan sains aku. Lagi satu dia soh kuatkan aku punyer geografi dgn ekonomi. Dia cakap dua subjek ni bila digabungkan nilai dia sama dengan fizik, jadi dia boleh melayakkan aku masuk. 2 lagi subjek aku kene amek berat adalah subjek sejarah dengan seni lukis. Dua subjek ni sama nilai dia dengan biology. Aku sendiri tak nampak kat maner relevant dia. Tapi ternyata berhasil.

Walaupon aku tak dapat masuk maner-maner U, tapi aku dapat poli. Start dari situ yg aku tau pasal ‘kejuruteraan awam’ Agak terkejut jugak la kepala otak aku belajo menda yag aku tak pernah buat.

Apa kaitan semua nie gan topic yang aku create? Aku pon tak tau. Semenarnya time nie aku kat ‘Kem Lambaian Danau’ Jasin Melaka. Saja sebab dah lama tak join pogram motivasi. So nak lepas gian la. Kalo nak cerita dah lama gak aku join gan aktiviti macam nie. Sejak 1st sem degree. Benda nie dan bawak aku kemerata tempat. Terengganu, Perlis, Kedah dan memacam lagi. Johor jangan cerita la. Selalunya aku jadi fasi jer, tapi lepas tu aku beralih kepada Ketua Fasi. Agak mencabar la jugak. 1st time aku jadi Ketua Fasi masa pogram kat Matrik Johor. Cukup macabar kewibawaan aku. Dan aku bawa pendekatan yang berbeza dari org lain dan akhirnya kau berjaya, malah lebih suksess dari team UPM. Team aku dari KUITTHO mendapat pujian daripada pengarah Martik Johot at that time. Bangga aku.!

Selain dari tu pogram-pogram nie gak telah mengheret (bleh cakap macam tu) ke pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia Negeri Johor. Aku jadi fasi tetap tok GPMS Johor. Kalo dulu aku just ahli biasa but skang aku dah jadi Exco Negeri lak. Pertubuhan nie dah lama almost 60 tahun, lebih lama dari Malaysia merdeka. Antara pengasas dia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dia ader 4 orang pengasas. So dia sowag jer yg tinggal. Yang lain dah lama meninggal. Untuk pengetahuan kowang setart 19 sampai 21 Disember nie kat Genting, GPMS akan wat AGM dia tok kali yg ke 60 tahun. Bertempat di Institut Aminudin Baki. Aku kene la join. Kang orang kata apa lak. So tepaksa la aku cari MC.almaklum cuti dah abes maser g Bali. Ok aku dah mengantuk ni, jam pon ah kol 3.00 pagi. Sambung lain kali la nampaknyer…! Sambil tu korang tengok ler clip video yg aku masukkan, tak tau la boleh buka ke tak? Clip nie aku maser pogem motivasi kat sekolah Parit Raja.

0 comments: