BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 13, 2010

SEPI

Sepi sesuatu yang cukup aku takutkan suatu ketika dulu, malah hingga sekarang aku masih lagi terigau dengan sepi. Kesepian yang telah membuatkan aku kehilangan banyak benda. Sepi yang telah meragut banyak kenangan dan juga yang telah membunuh kebahagian.
Tapi itu dulu sebelum aku benar-benar kenal dengan dunia ini. Sebelum aku kenal dengan kehidupan, sebelum aku faham tentang dunia, sebelum aku faham dengan kehidupan. Sepi ini hampir sahaja membunuh kehidupanku. Malah sepi juga hampir membuatkan aku hilang arah. Sepi juga yang telah membuatkan aku tidak dapat menikmati kebahagiaan dengan insan yang aku sayangi. Tapi kenapa tuhan menciptakan satu perasaan yang bila orang merasainya, seseorang itu akan putus asa, seseorang itu akan menitiskan air mata, seseorang itu akan menyendiri, seseorang itu akan melayan perasaannya, seseorang itu termenung. Kenapa tuhan menjadikan satu perasaan yang boleh membuatkan kita putus asa?
Entah aku sendiri tidak punya jawapan yang begitu khusus tantang sepi. Aku hanya bercakap berdasarkan kepada apa yang aku alami. Kehidupannku tidak perlah lari daripada sepi. Ia akan sentiasa membuntili aku, walau kemana pun aku berada. Malah aku sudah biaa dengan sepi .Ibaratnya sepi itu sebahagian daripada kehidupanku. Malah aku rasakan hidupku tidak lengkap tanpa sepi.
Tapi sepi inilah yang telah membantu aku untuk mengenali diriku sendiri. Malah sepi juga yang telah membantu aku untuk hidup. Sepi membuatkan aku berfikir untuk apa aku di dunia fana ini. Sepi mengenalkan aku dengan siapa kawan dan siapa lawan. Sepi memperlihatkan kepada aku kenapa kita mesti menerima kehilangan, menerima kesedihan.
Percayalah sepi itu sebenarnya mendamaikan. Sepi membenarkan kit untuk berfikir dengan waras dan matang. Dan sepi juga dapat membantu kita mengenal siapa kita dan untuk apa kita idup. Sepi itu indah sebenarnya. Percayalah.... pada sepi itu dan ia akan membawa kita menyelusuri kehidupan lampau kita hingga kita akan sedar mengapa kita berada disini.

0 comments: