BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam,

Sudah 14 tahun …tapi kadangkala aku rasakan ia seperti baru saja berlalu bersama kenangan terindah yang pernah tercipta. Dan kadangkala aku sendiri sepertinya tidak percaya dengan apa yang aku ada tika ini. Dari seorang budak kampong yang tak punya cita-cita, dari seorang udak hingusan yang tak tahu hala tuju masa depannya. Kini sudha bergelar ‘Jurutera’. Adakalanya aku sendiri merasakan aku seperti dalam mimpi. Apa benar aku sudah punya ‘Ijazah’? apa benar aku punya dua ‘Diploma’?

Tapi semua ini tidak akan terjadi, dan aku tidak mungkim memiliki semua ini andai tidak kerana mereka. Mereka yang pernah bersuara, mereka yang berkorban masa, mereka yang melakukan apa sahaka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Tanpa kata mereka aku tidak mungkin sedar dari lamunan. Tanpa kata mereka aku mungkin tidak akan menjejakkan kaki kebumi asing.

Cikgu terima kasih untuk semuanya, terima kasih atas semua jasa, budi kalian hanya Allah yang mampu untuk membalasnya. Seakan memori lalu terbias dikotak mata ini. Saat kita bergelak, saat kita bersama. Suasana dalam kelas, dirotan (sebab salah matematik), dicubit (sebab tak lulus), dipiat (sebab salah buat), di cop tangan (sebab salah tatabahasa). Tanpa itu semua aku tak mungkin akan jadi manusia, tanpa kalian aku tak mungkin akan bergelar JURUTERA. Cikgu Paijah (cikgu matematik) terima kasih atas rotan itu, Cikgu Halimah Jamhari (Pengetua) terima kasih atas cubitan itu, terima kasih cikgu-cikgu semua atas semua rotan yang kalin berikan. Bila terkenang saat itu, sayu hati mengenang kalian. Dari seorang budak yang tidak punya latarbelakanag pendidikan sains, aku berusaha untuk menjadi seorang jurutera. Dan kini dengan bangga aku ingin katakan aku seorang JURUTERA, berkat rotan, cubit, piat dan segala macam lagi. Cikgu Paijah terima kasih untuk semua tunjuk ajar dan rotan cikgu. Tanpa rotan cikgu saya tak akan lulus matematik, terima kasih Cikgu Hanimah atas rotan cikgu saya lulus Sains. Kalau boleh ingin sahaja aku menjerit dihadapan semua cikgu ‘TERIMA KASIH CIKGU’ (jujur saat ini aku hampir menangis, waktu aku menulis aku mendengar lagu YIRUMA-Our Same World).

Cikgu aku sentiasa ingat pesan kalian, agar jadi manusia.. Cikgu-cikgu semua telah memberikan yang terbaik untuk ku...
Cikgu Hanimah
Cikgu Paijah
Cikgu Normisiah
Cikgu Saadah
Cikgu Saadiah
Cikgi Bachok
Cikgu Yusof Sulaiman
Cikgu Yusof Sidin
Cikgu Ibrahim
Cikgu Noraini
Cikgu Halimah
(sekadar menyebut beberapa nama, walau tidak tercatat disini kalian tetap berjasa).


Sehelai kain putih bersih terhambar
Dihampar dihadapan mu
Dari situ jelas hanya tercalit warna mati
Warna yang tidak menampakkan keindahan
Warna yang tidak memperlihatkan keistimewaan
Tapi kau bawa aku kehadapan
Kau ajar aku
Kau paksa aku maju
Kau paksa aku untuk berani
Maju setapak demi selahkah,
Kau marah
Kau herdik
Kau hina
Kau hukum aku
Kerana silapku memegang canting
Kerana salahku menghunus tinta
Tapi kau biarkan warna itu terus kekal
Tercatan di atas kain itu
Dan kau tidak pernah bercerita kenapa begitu
Kau biarkan warna itu disitu
Terdampar memenuhi ruang
Kau ajar bagaimana mencanting leretan warna kehidupan,
Warna indah kesedihan, warna cerah kegagalan dan
Warna lembut ketabahan,

Diwaktu aku ketakutan dengan tinta dan kalam
Kau gemgam erat tanganku....
Dan kau turut sama menari melarik lakaran kehidupanku...
Kau ibarat cendana
Wangi berirama lentuk gemalai
Mengikut rentak kata tentang dunia
Indah yang membuia dagu
Kau bercerita tentang warna dunia
Kau ceritakan warna kehidupan
Warna cabaran dan
Warna masa depan...





setelah kain itu penuh dengan warna...
kau serahkan kain itu kembali padaku
dan aku tertanya untuk apa kau serahkan padaku
magis apa yang kau harapkan padaku
setelah bertahun berlalu
kini aku sedar kenapa kau serahkan kain itu kembali
kenapa kau ajarkan aku menari bersama tinta, kalam dan warna
dan kenapa kau biarkan warna kegagalan tercatan terbiar disitu
kini aku faham.....
aku faham tentang keindahannya
aku faham dengan bahasanya
aku faham dengan metadologinya
aku faham dengan warna warni itu

irama warna kala ia berbahasa mengikut alunan angin yang bertiup
kala ini dengan bangga aku kibarkan kain itu
aku gempitakan diseluruh inci dunia
tentang kain putin yang akhirnya berwana indah
penuh dengan calitan tinta dan kalam
ku kibarkan
bagai panji perang
meredah lilitan dunia
kerana dibawahnya
berdiri timbunan doamu
dan dilangit
dinaugi berkat ilmu darimu
TERIMA KASIH CIKGU
’SELAMAT HARI GURU’

0 comments: